Artis / Selebriti
” Selamat hari lahir mommy.. ” – Fattah Amin
Fazura Kongsi Gambar Jambangan Bunga Pemberian Fattah Amin Sempena Hari Lahirnya. Cantiknya Bunga Daddy Bagi Dengan Mommy Fatima. Sweetnya Ucapan Fattah, Semoga Ada Sinar !!
Hari ini tanggal 27 September merupakan tarikh lahir pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura. Semua sedia maklum, Fazura atau pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin telah menfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin pada 13 September yang lain, sehari sebelum hari lahir Fattah.
Sambutan hari lahir Fazura bersama keluarga mungkin tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Namun, menerusi perkongsian di Instagram Story milik Fazura, telah dikongsikan gambar jambangan bunga berwarna putih dan merah jambu beserta dengan sekeping kad ucapan.
Menerusi kad itu, tertera ucapan ” Mommy, selamat hari lahir mommy, daddy doakan di hari lahir kelahiran mommy sentiasa gembira, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya, (daripada) Daddy.. “

Imbas kembali, pasangan ini telah 7 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama, Nur Fatima Aisya. Kini Fatima sudah berusia hampir 4 tahun dan bakal menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 4 tahun pada 2 Oktober akan datang.
Ikuti perkongsian di bawah :

Untuk rekod, Fattah enggan melafazkan talak ketika sebutan permohonan cerai baru-baru ini. Semoga ada sinar untuk keluarga ini. Sama-sama kita mendoakan kebaikan untuk Fattah, Fazura dan juga anak kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya.

Di kesempatan ini, kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir untuk Fazura. Semoga pada hari ulangtahun kelahiran tahun ini, Fazura diberikan kegembiraan dan ketenangan serta semoga semua urusan Fazura dipermudahkan oleh Allah. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nur Fazura, IG fattzuralovelife
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

