Artis / Selebriti
” Sekali pandang macam Najwa Latiff. Lawa dan comel, pandai Dato’ cari.. ” – Netizen
Dato’ Afdlin Shauki Kongsi Video Bersama Isteri Barunya, Datin Marcella Buat Pertama Kali Cur1 Perhatian Ramai. Wah Muda Lagi Orangnya. Bukan Hanya Cantik Tetapi Peramah. Ramai Kata Macam Muka Najwa Latiff Comel !!
Menerusi akaun Instagram Hibglam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pengarah dan pelakon, Dato’ Afdlin Shauki memperkenalkan isteri barunya kepada umum. Ini adalah julung kalinya Dato’ Afdlin menunjukkan wajah isteri kepada umum.
Ini kerana ketika tular berita Dato’ Afdlin sudah berkahwin sekali lagi tahun lalu, hanya nama pasangannya sahaja yang diwar-warkan iaitu Datin Marcella. Kini teka-teki siapakah sebenarnya Datin Marcella sudah pun terjawab. Untuk makluman, sebelum ini Datin Marcella adalah pengurus Dato’ Afdlin.
Manis dan sopan orangnya, itu yang dapat digambarkan untuk keperibadian Datin Marcella. Tidak loket melemparkan senyuman kepada semua wartawan yang ada, Datin Marcella diajukan beberapa soalan mengenai pengalaman sepanjang perkahwinannya bersama Dato’ Afdlin.

Bagi Datin Marcella, semuanya berjalan dengan baik dan Dato’ Afdlin mempunyai keperibadian sama seperti ayahnya. Pada usia Datin Marcella yang sudah 28 tahun, pasangan ini kelihatan bahagia bersama dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tahniah, comel dan friendly je orangnya.. mula-mula tengok ingat najwa latif tadi.. suka lah dengar dia cakap, lembut je.. ”
” Aku ingat najwa latif tadi.. Ishhh comel, Macam amelia christie pun ada.. cantik orangnya. untunglah.. ”
” Alhamdulillah nampak happy, semoga bahagia.. sweet je tengok sama-sama masuk air.. 28 ngan 29 sesuai dah tu afdlinshaukiofficial.. Lawa bini dato.. semoga bahagia selalu.. ”
” Mak Cik lawa.. Bini baru lawa pak macam Najwa latif.. cute je.. jaga elok-elok, semoga berbahagia datuk afdlin dan isteri.. ”
” Lorhh… mat1-mat1 igtkan najwa latif, sebijik.. Alhamdulillah tahniah.. sweet lah pasangan ni.. kita tengok pun rasa happy je sebab dua-dua ceria dan peramah.. semoga bahagia hingga ke jannah.. ”
” Cinta muka buku ke tu.. muka macam Najwa Latif. moga dapat anak lelaki nanti dato.. Lawa tak puas tengok.. ”
” Sekali pandang macam najwa latiff. Lawa dan comel. pandai dato cari. dengar wife cakap boleh rasa dia jenis yang ramah.. ”
Cantik dan sopan santun sahaja isteri Dato’ Afdlin, nampak seperti seorang yang mudah mesra dan tidak kekok dengan wartawan. Semoga perkahwinan Dato’ Afdlin dan Datin Marcella ini sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia selalu sehingga jannah, Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hibglam, IG Afdlin Shauki
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen


