Artis / Selebriti
” Sedihnya, sabar Datin ujian Allah bagi pada setiap manusia pasti ada hikmah.. ” – Netizen
Perkongsian Isteri Datuk Yusuf Haslam, Datin Patimah Ismail Video Throwback Suasana Raya Dari Tahun 2014 Sehingga Tahun Buat Ramai Tersentuh. Ayat Datin Patimah Walaupun Ringkas Tapi Cukup Mendalam Rasa Sedihnya. Tak Akan Sama Lagi Seperti Dahulu !!
Datuk Yusuf Haslam dan isterinya, Datin Patimah Ismail disenangi oleh ramai kerana layanan baik mereka terhadap Puteri Sarah Liyana. Walaupun taraf Puteri Sarah cuma sebagai menantu, tetapi kasih sayang mereka tak ubah seperti anak kandung.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Datin Patimah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan throwback suasana pagi hari raya Datin Patimah bersama suami, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu kesayangannya dari tahun 2014.
Tahun bersilih ganti, dari yang sedikit ahli keluarga semakin bertambah dengan kehadiran cucu-cucu. Meriahnya suasana hari raya apabila semua anak menantu berkumpul tetapi suasana raya tahun ini pastinya tidak akan sama lagi seperti dahulu.

Sayu hati melihat pada gambar terakhir, ada kekurangan yang membuatkan hati seorang ibu sedih. Warganet yang menonton video ini juga merasa tersentuh hati. Suatu masa dahulu, pagi raya hari yang penuh kegembiraan tetapi Allah lebih tahu yang terbaik untuk Datin Patimah sekeluarga.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Datin Patimah ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedihnya Ya Allah, di malam terakhir Ramadan semoga Allah makbulkan semua doa dan hajat Datin.. saya doakan keluarga ini bersatu kembali.. ”
” Tetap semangat datin patimah8057 , semoga di beri hidayah kepada sol untuk kembali ke Pakuan ibu dan bapak nya, apalagi ini bulan suci, Aamiin.. ”
” Apa apa pun saya doakan Datin sekeluarga sentiasa dilindungi dan di bawah rahmat Allah .. ”
” Sabar datin.. ujian Allah bg pd setiap manusia pasti ad hikmah .. sy juga skrg di uji dgn ad beradik.. ”
” Datin adalah ibu, mertua dan nenek terbaik. Ibu mertua yang sangat baik, 1000 dalam 1.. untung siapa jadi menantu dan anak Datin.. ”
” Sabar datin. Datin ibu dan wanita paling terbaik abad ni. Ya Allah ya Tuhanku, kau beri lah berita gembira kepada Datin Patimah. Kau permudahkanlah segala urusan dia ya Allah. Kau angkatlah rasa sedih dia, gantikan lah dengan berita gembira ya Allah.. ”
” Doa yang baik-baik untuk keluarga dato dan datin. Semoga ada cahaya yang menanti dihujungnya.. ”
Komen Datin Patimah yang membuatkan ramai tersentuh :

Hanya kaum wanita yang memahami apa yang Datin Patimah rasai sekarang. Semoga Ramadhan kali ini membawa sinar cahaya buat Datin Patimah sekeluarga dan pagi Syawal Datin Patimah akan kembali ceria dan gembira seperti sebelum ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Patimah8057
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



