Artis / Selebriti
” Sedihnya dengar, tengok lah Dato’ Hattan pun sebak sampai tengok Kak Gie berkali-kali.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video sesi temubual bersama Juara Kilauan Emas 2024, Gie ketika sidang media selepas program berakhir undang sebak ramai. Sebaknya dengar Gie bercerita tentang hajat dan doanya di hadapan kaabah. Semoga Gie cepat sembuh..
Pentas akhir Kilauan Emas 2024 yang berlangsung di Royal Theater Shah Alam semalam telah menyaksikan peserta Gie merangkul gelaran juara dan sekali gus mengukir sejarah apabila Gie juga dinobatkan sebagai juara wanita pertama dalam sejarah program realiti nyanyian tersebut.
Gie yang membawa lagu ‘Kau Pergi Tanpa Pesan’ nyanyian asal oleh arwah Datuk Sharifah Aini dan duet ‘Jangan Menangis Sayang’ (Safura & Oney) berjaya memukau barisan juri professional serta penonton dengan mencatatkan markah paling tertinggi.
Meninjau di akaun TikTok milik Media Hiburan, telah dikongsikan video sidang media bersama Gie selepas bergelar juara. Menerusi video itu, Gie berkongsi hajat doa di depan Kaabah jika dipanjangkan usianya. Salah satu doa Gie adalah mahu sembuh daripada penyakit kanser.

Tidak dapat menahan sebak, Gie juga berharap semua anak-anak sentiasa sihat dan ibunya juga diberikan kesembuhan daripada sakit. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah ditonton lebih 40 ribu tontonan dan menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@mediahiburanofficial Rezeki Kak Gie Hamid dinobat Juara Kilauan Emas 2024, memang power persembahannya malam tadi. Ketiga-tiga juri sebulat suara memilih Gie. Tahniah! #MHnews #MediaHiburan #KilauanEmas2024 #JomUsha #FYP
@mediahiburanofficial Momen Gie Hamid yang terlihat sebak bila nama diumum sebagai pemenang Kilauan Emas 2024. She memang power malam tadi! #MHnews #MediaHiburan #KilauanEmas2024 #JomUsha
@mediahiburanofficial Semoga Kak Gie seisi keluarga terus dirahmatiNya, dipermudahkan segala urusan #MHnews #MediaHiburan #KilauanEmas2024 #JomUsha #FYP
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa sebak elepas mendengar kata-kata Gie dan dalam masa yang sama turut memberikan kata ucapan tahniah serta semangat kepada Gie. Antara komen-komen warganet adalah :
” Sedihnya dengar, tengok lah Dato’ Hattan pun sebak sampai tengok Kak Gie berkali-kali.. Semoga KK Gie dan seluruh ahli keluarga sentiasa seht di murahkan rezeki di permudahkan segala urusan.. “
” Aduhhh sekali aku pun menangis dengar kata-kata Kak G.. Semoga diberikan kesembuhan buat Kak G Aamiin ya Rabbal Alamin.. “
” Gie ni seorang wanita yg lembut penyedih orgnya.moga Allah sembuhkan gie dan family. Moga dipermudahkan urusan dtanah such nnt dan jgn lupo doakan geng2 karipap sekali.. “
” Kepiluan di aty Juara Kilauan Emas.. Smoga dberikan ksehatan n ksembuhan… Aamiin3.. Tahniah Kak Gie, juara Kilaun Emas 2024.. “
” Hattan muka garang. Tp hati jenis lembut & penyayang.. Dpt tgk cara dia mmndg Gie. Tahniah Gie. Suara awak mmg sedap,lunak. Smga awak cepat sembuh.. “
” Memang dari awal dengar suara Kak Gie, boleh agak dia juara. abg sidi pun padu jugak. Suara mcm org muda.. Tahniah kepada semua pemenang.. “
” Tahniah. Saya jarang2 tonton kilauan emas ni, semalam rezeki dpt tgk. Masa persembahan Kak Gie dah boleh agak beliau mesti jd juara. Bgn pagi ni Alhamdulillah, beliau juara, tahniah. Sy doakan smga Kak Gie cepat sihat.. “
” Alhamdulilah ingat kata kata Kak Gie klau menang dia nak setelkn hutang hutang.. Allah maha mendengar.. Semoga Kak Gie terus sihat Kak Gie.. “
Sebak mendengar kata-kata Gie, semoga Gie diberikan kesembuhan daripada penyakitnya. Untuk info, selain bergelar juara, Gie turut menerima anugerah Emas Berkilau Of The Week dan kemenangan Gie semalam membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															
