Artis / Selebriti
” Sedapnya suara Watie, ada iras suara Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Watie Hanifiah berduet bersama Shuib Sepahtu lagu Gerimis Mengundang raih pujian ramai. Wah sedapnya suara Watie, ramai yang cakap ada iras-iras suara Tokti..
Isteri kepada Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah sememangnya aktif di media sosial. Watie juga mempunyai bilangan followers yang ramai di akaun sosialnya. Semenjak Watie menikahi Shuib, ramai yang memuji keperibadian Watie yang penyayang dan ikhlas menerima anak-anak peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin.
Meninjau entry di akaun Tiktok Irenedck3m6, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Watie menyanyi bersama Shuib ketika mereka live bersama. Memilih lagu dendangan asal kumpulan Slam berjudul Gerimis Mengundang, paduan suara Watie dan Shuib meraih pujian ramai.
Suara Watie yang lunak itu membuatkan ada yang menyamakannya dengan suara Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Lenggok dan tone suara Watie seakan-akan seperti DS Siti. Lembut sahaja lontaran suara Watie dan sebutannya juga jelas. Shuib juga tersenyum mendengar kemerduan suara isterinya itu.

Pada penghujung video, Shuib menghabiskan nyanyian lagu itu. Bukan selalu dapat mendengar Shuib menyanyi bersama Watie. Beruntung Shuib kerana impiannya untuk mempunyai isteri yang pandai menyanyi seperti Siti Sarah dimakbulkan. Baik suara Siti Sarah mahupun Watie, kedua-duanya ada keistimewaan mereka yang tersendiri.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@irenedck3m6 #watiehanifiah #shuibwatie #shuibsepahtu #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #fakesituation
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedap suara Watie, macam suara Dato’ Siti.. untung Shuib dulu arwah Sarah pun suara pun best, ni Watie pun best juga suara blh JDI artis.. “
” Wow sekali dengar macam suara Tokti lah.. ni suara Dato’ Seri Siti Nurhaliza ke Watie Shuib yang nyanyi, best sangat suara ni.. “
” Sedap Suara Wati… macam suara Siti Nurhaliza.. terbaik lahh.. Watie ada bakat dan suara pun merdu.. Watie ni boleh nyanyi teruskan.. “
” Masya Allah sedapnya suara Watie.. ada iras-iras suara Dato’ Sri Siti Nurhaliza.. suara lunak merdu boleh jadi penyanyi Watie ni.. “
” Sedap suara Watie ada macam suara Dato Siti pun ada.. ada talent boleh buat record ni.. mantap lah Watie.. seronok dengar suara Watie.. “
” Sedapnya suara Watie, ingat suara Tokti tadi.. Lemak suara watie.. lunak sekali.. mcm siti sarah pon ada dato ct pom ada… Alhamdulillah seronok dpt yg memahami.. “
” Allah sedap merdunya suara waty, lembut Aje sebutannya… terbaikkk watie.. sekali dengar macam biduanita negara tone tu.. “
Walaupun hanya menyanyi secara santai, namun suara Watie masih sedap didengar. Mana tahu, jika diketengahkan lagi bakat nyanyian Watie ini, mungkin Watie boleh menjadi penyanyi yang profesional. Semoga akan ada lagi perkongsian video lagu yang lain pula selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Irenedck3m6
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti11 hours ago Artis / Selebriti11 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
