Artis / Selebriti
” Sedapnya suara dia, siap dengan mata dan kening lagi.. ” – Netizen
Video Anak Personaliti Agama Sharifah Khasif, Abeer Widad Mengaji Yang Persis Gaya Ibunya. Amboi Abeer Dengan Mim1k Muka Dan Kening Pun Sebijik T1ru Umi Ni. Comel Sangat !!
Sebut sahaja nama Sharifah Khasif, pastinya semua akan terbayangkan wajahnya yang manis dan suara yang merdu mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran. Pernah merangkul gelaran Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2009, kelunakan suaranya sememangnya diiktiraf.
Meninjau akaun Instagram Sharifah Khasif, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anaknya, Abeer Widad sedang mengaji. Memperdengarkan bacaannya, gaya dan mim1k wajah Abeer mendapat perhatian. Abeer menyebut dengan jelas setiap ayat kalam suci itu sambil mulut dan keningnya digerakkan mengikut sebutannya itu sama seperti gaya uminya.
Menurut Portal Nona, Abeer yang sudah berusia 6 tahun ini sudah mula menunjukkan minatnya untuk menjadi seorang qariah. Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya, dan tidak must4hil Abeer mewarisi kebolehan bertaranum seperti uminya ini.

Sharifah Khasif yang berstatus ibu tunggal ini sememangnya berusaha untuk menjadikan Abeer sebagai pelapis dalam meneruskan legasi qariah negara. Dia menerapkan gaya mengaji secara santai agar anaknya ini merasa seronok untuk terus mendalami dan mempelajari kemahiran yang betul.
Jom tonton video di bawah :
Antara video lain yang memaparkan bacaan Abeer bersama Sharifah Khasif. Suara kas4r Abeer kedengaran seperti suara uminya. Alhamdulillah lancar dan makhraj nya juga jelas dan sedap didengar.
Gaya Abeer menyebut dan mengalunkan ayat suci Alquran ini mendapat pujian peminat. Alahai sama sungguh gaya Abeer dengan Sharifah Khasif ini. Antara komen-komen mereka :
” Comel.. Mim1k Muka ikut cara bacaann.. Masya Allah comel sangat Abeer ni.. Pandai sebutan pun sedap didengar.. “
” Siap dengan mata dan kening lagi dia tuh, Hebat. Love sangat-sangat. Tabarakallah.. Terbaik Abeer.. “
” MaasyaaAllahh.. Kak ilaaa.. Awat comel sgt abeeerrrr…. lama tak jumpaaaa.. Suara besar macam stazah juge.. Moga jd qariah jugak juga saru hr nnt.. “
” Cute nye Abeer, cara renungan dia sama macam Kak Ila.. Rindu korang.. teringat ngaji ngn arw4h Lik.. “
” Abeer, alaaa comel sangat ni. Bersungguh-sungguh dia mempelajari Al-quran. Semoga Abeer hebat sehebat uminya nanti.. “
” Subhanallah… Comelnyaaa mimik muka sama dgn sebutan. Tekun dia sebut, didikan yang terbaik. Bijak Abeer.. “
” Aloo loo. Comel.. suara persis ustazah. Dulu kita dokong dia lagi. Ikut acuan tu sazah.. masyaAllah… tabarokallah.. “
” Sedapnya suara dia.. sebutan pun fasih. Alhamdulillah…. suara pun dah sama mcm umi tu… moga jadi anak solehah yg bjaya abeer.. “

Alhamdulillah pada usia ini, Abeer sudah fasih membaca dan asuhan Sharifah Khasif pada puterinya ini membuahkan hasil. Bak peribahasa, sebagaimana acuan begitulah kuihnya. Semoga Abeer menjadi anak yang solehah dan sehebat uminya ini dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharifah Khasif Official, Portal Nona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

