Artis / Selebriti
” Sedapnya, merdu dan lenggok yang lemah-lembut sangat.. ” – Komen Netizen
Video Ernie Zakri Menyanyikan Lagu Pasir Salak Yang Dipopularkan Oleh Noraniza Idris Raih Perhatian Ramai. Alahai Merdu Sungguh Versi Ernie, Mendayu-Dayu Lenggok Suaranya. Noraniza Idris Pun Ada Bagi Komen !!
Meninjau ke akaun Instagram Ernie Zakri, perkongsian sebuah video yang memaparkan Ernie menyanyikan lagu Noraniza Idris berjudul Pasir Salak telah meraih perhatian ramai. Lagu ini merupakan lagu Irama Malaysia dan Ernie boleh menyanyikan dengan begitu baik sekali.
Ramai yang memuji kemerduan suara Ernie dan lagu ini merupakan sebuah lagu lama. Pada yang membesar pada zaman populariti Noraniza Idris, lagu ini pastinya menggamit memori. Bukan sahaja netizen, Noraniza juga turut memuji nyanyian Ernie ini.
Ernie sememangnya memiliki vokal yang hebat dan sudah beberapa kali memenangi anugerah dalam kategori vokal. Jadi sudah semestinya tidak menjadi satu masalah buat Ernie untuk mencuba menyanyikan lagu dalam kategori Irama Malaysia.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada yang mencadangkan Ernie menghasilkan album Irama Malaysia atau mengadakan slot Irama Malaysia dalam konsertnya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Ernie menyanyikan lagu ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Lagu ni mmg syahdu dgn lirik yg penuh pengertian yg bermakna dlm sejarah nya, terima kasih kak noraniza_idris kerana sentiasa mengangkat martabat lagu asli, ghazal, inang, zapin, joget, etnik kreatif dan irama Malaysia. . “
” Eenie pelapis penyanyi versatile.bagi apa sja genre pasti menjadi. pls jgn sia kn masa.u hv to start now with this genre n lagu2 klasik. ballad ti dh biasa d dgr.. “
” Tolong buat slot irama malaysia nanti kat konsert solo .. bilaaaaa nakk keluar album tradisional nii ? sedapppp lemak btol lenggok ernie always love.. “
” Banyak lagu kak ani yang sedap2 and underrated. Kak Ani Ratu Irama Malaysia selamanya. Tq ernie sbb sudi nyanyi lagu kak Ani .. “
” Sdapnyaaaa ……. Merdu n lenggok yg lemah lembut sgt…. Kak noraniza_idris pya suara n lenggok unik.. betul, album seri balas mmg byak mgajar lagu2 tradisional melayu… “
” Awesome . Sedap lenggoknya.. bagai air yg mengalir suaranya.. Salam, tak dapat suara macamni, dapat mic pun jadi lah. Lock mic.. “
” Lamanya tak dengar lagu ni dulu selalu dengan thru cassette .. Kita lock lagu raya tradisional syahdu next year. Pasir Salak tu dekat Perak tau.. “
Komen daripada Noraniza Idris :

Nampaknya penyanyi asal pun memuji suara nyanyian Ernie ini. Memang tidak boleh dinafikan Ernie sememangnya memiliki suara yang cukup merdu. Ernie juga mampu membawakan apa jua genre lagu dengan baik termasuk irama Malaysia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ernie Zakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

