Artis / Selebriti
” Sedap-sedap suara adik-beradik Amad.. ” – Komen Netizen
Video persembahan istimewa adik-beradik Amad Dayyan, Aisy dan Chicha di majlis pelancaran single terbaru Amad yang berjudul Mendewasa raih pujian ramai. Wah sedapnya suara adik-adik Amad, memang keluarga seni..
Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan video yang memaparkan sekitar majlis pelancaran single terbaru penyanyi cilik, Amad Dayyan yang bertajuk Mendewasa. Menerusi video itu, Amad menyanyikan lagu tersebut kepada para yang hadir.
Namun, apa yangpaling menarik, dua orang adik Amad iaitu Aisy dan Chicha turut membuat persembahan istimewa dengan menyanyikan lagunya itu. Menerusi video tersebut, pada awalnya, Chicha masuk menyanyi dahulu, kemudian datang pula Aisy menyambung nyanyian Chicha.
Persembahan dua beradik ini mencuri tumpuan para hadirin yang datang dan nyanyian oleh mereka juga mendapat tepukan gemuruh. Perkongsian video ini juga turut mencuri perhatian warganet. Ramai yang kagum dengan bakat yang dimiliki oleh adik beradik Amad.

Komen warganet, kesemua anak-anak Siti Sairah mewarisi bakat nyanyian daripada dirinya. Sehingga kini, video yang dikongsikan tersebut menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis. Merdu sungguh suara anak-anak saudara Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini menyanyi.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memberikan pelbagai kata-kata pujian. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedap-sedap suara adik-beradik Amad.. Berbakat semuanya anak2 Sairah ni yer.. Comel pula tengok gaya dorang menyanyi.. “
” Busy mak dia nanti tiap tahun masuk ttmm, hehehehe.. Semuanya pandai menyanyi.. Cute adik perempuan Amad tu.. “
” Si kenit ni mmg pndai nyanyi..gossip pun pndai hahaha.. Untung Sairah, semua anak2 berbakat dalam bidang nyanyian.. “
” MasyaAllah sedap2nya suara anak2 Sairah.. Mmg la dari nenek ..Turun ke makcik Lps tu ke cucu .. Masyallah.. “
” Memang GEN maknya kuat yea.. Semua adik2 beradik pandai nyanyi…. Mmg keturunan Toktie ni, hehhee.. “
” Anak beranak mmg suara sedap2 ye.. Memng kuah bnjir ke nasi la ,semua sedap² suara.. Padu habis lah kalau mcm ni.. “
” Muka macam maknya betuii hahha cuteeee.. Mcm kena sumpah ye keturunan doran.. Semua boleh nyanyi dan sedap.. “
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itu lah yang dapat dikatakan melihat bakat yang ada pada anak-anak Siti Sairah. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Amad atas pelancaran single pertamanya itu. Semoga Amad akan terus maju jaya dalam bidang seni suara dan segala urusannya sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber :IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

