Artis / Selebriti
” Sedap sangat suara Aisy ni, bakat terpendam. Husky tu mahal betul.. ” – Komen Netizen
Video anak ketiga Siti Sairah, Ahmad Aisy menunjukkan bakat nyanyiannya buat ramai terpegun. Fuh sedap betul dengar suara Aisy. Penghayatan tu menusuk ke hati..
Selain Ummi Umairah dan Ahmad Dayyan, Siti Sairah juga mempunyai seorang lagi anak menerusi hasil perkahwinan pertamanya. Ahmad Aisy nama yang diberikan dan wajahnya sering kelihatan berada bersama Amad ketika berlangsungnya program realiti Talk To My Manager.
Sebagaimana Umai dan Amad, Aisy juga mempunyai bakat dalam nyanyian dan dikurniakan suara yang lunak dan merdu. Sewaktu Siti Sairah melancarkan produk pertama Amad beberapa hari yang lepas, Aisy menunjukkan bakat nyanyiannya itu kepada umum.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Pijabaim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aisy mendendangkan lagu berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain secara live. Sama seperti Amad, suara Aisy yang husky itu menarik perhatian warganet.

Memetik komen warganet, tone suara Aisy sedikit kasar daripada Amad dan lagu galau seperti ini sesuai dengan suaranya itu. Aisy boleh menjadi bintang yang bersinar seperti kakak dan abangnya sekiranya bakatnya itu digilap lagi. Berbakat sungguh anak-anak Siti Sairah, penyambung legasi atuk mereka, Tarudin.
Jom tonton video di bawah :
@pijabaim @a.i.s.y5 Jodoh siapa tuuuuu… . . @sitinursairahtarudin_new
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bagus suara Aisy.. suara Aisy pun sedap.. husky tu mahal betul.. fuh nyanyi dengan hati jugak ni, terasa sakitnya tu.. “
” Laa ingatkan Amad, adik Amad rupanya.. Aisy vokal pun sedap.. suara anak Sairah semua sedap sedap belaka.. “
” DNA pandai menyanyi dorang ni, semoga bersinar suatu hari nanti ye dik.. sedap sangat suara Aisy ni, bakat terpendam.. sorang lagi cucu mak salmah yang bakal menyinar.. “
” Pergh sedap semua pandai menyanyi.. Aisy dah mula tunjuk bakat terpendam.. semua berbakat besar.. suara tu aduh menusuk ke hati.. “
” Tone suara aisy lebih tebal dan berat berbanding amad… kalau bawa lagu2 soul2 berat mmg jadi ni, menikam jiwa.. “
” Memang ank beranak diaorg ni suara best2 belaka… nanti aisy blh masuk ttmm thn depan.. Muka macam Umai suara macam Amad.. aisy dah makin power, fly high Aisy.. “
” Bestnya suara Aisy, merdu macam Umai dan Amad jugak. Satu family pandai menyanyi ni.. lepas ni boleh lah Aisy duet dengan Amad pulak. Tone suara Aisy tu sedap dengar.. “
Tak jemu warganet mendengar suara Aisy yang lunak dan merdu itu. Ada juga yang mencadangkan untuk Aisy mencuba nasib di TTMM musim kedua nanti. Daripada ibu, kakak Umai, Amad sampai ke Aisy, semuanya mempunyai aura dan tone suara yang boleh memikat hati yang mendengar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Pijabaim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

