Artis / Selebriti
” Sedap pulak lagu birthday yang ni, lain daripada yang lain.. ” – Komen Netizen
Video Surprise Sempena Hari Lahir Nabil Ahmad Di MeleTOP Raih Perhatian Ramai. Seronok Nabil Menyanyi Lagu Rasa Sayang Sampai Tak Sedar Kena Surprise Dengan Team MeleTOP, Peserta Muzikal Lawak Superstars Dan Dato’ AC Mizal !!
Rancangan hiburan MeleTOP antara rancangan kegemaran ramai. Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana menceriakan rancangan ini dengan jenaka spontan mereka. Minggu ini, MeleTOP membawakan wakali setiap kumpulan peserta Muzikal Lawak Superstars (MLS) ke set MeleTOP.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleTOP, telah dimuatnaik video dan gambar-gambar team MeleTOP bersama host Muzikal Lawak Superstars, Dato’ AC Mizal dan semua wakil peserta MLS membuat satu kejutan sempena hari lahir Nabil yang jatuh pada tanggal 26 Sepetember (esok).
Kejutan bermula apabila semua peserta Muzikal Lawak Superstars membuat challenge menyanyi dan mereka dibahagikan kepada Team A dan Team B. Mereka menyanyikan lagu Rasa Sayang tetapi telah diubah liriknya. Team A menyanyikan lagu mengenai Hawa. Manakala Team B menyanyikan lagu untuk Nabil yang diselitkan dengan lirik selamat hari lahir.

Nabil yang pada awalnya tidak dapat menghidu rancangan team MeleTOP kelihatan begitu ceria menyanyi sambil bertepuk tangan. Apabila mendengar sahaja perkataan selamat hari jadi, terus Nabil tersengih-sengih. Kemudaian Dato’ AC muncul membawakan kek untuk Nabil.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Happy birthday nabilzira semuga terus success, diberkati allah , pjg umur , sihat walafiat & rezeki melimpah ruah.. “
” Sedap pulak lagu birthday yang ni, lain dari yang lain.. Happy Birthday To You nabilzira Pada 26 September 2024 From : sher.ina_nasir.. “
” Selamat hari jadi abang Nabillicious kita.. semoga Nabil terus success dan dalam lindungan Allah selalu.. Aamin.. “
” Selamat hari jadi Nabil. Hawa Rizwana dengan Puteri Sarah Liyana dah macam adik beradik.. “
Beruntung Nabil dikelilingi rakan-rakan dan pengurusan yang selalu prihatin dan menyayanginya. Bukan hanya hari lahir Nabil sahaja yang disambut pada rancangan MeleTOP semalam tetapi juga turut meraikan hari lahir Azmi vokalis Caliph Buskers yang jatuh pada tanggal 27 September. Gembira semua dapat meraikan 2 orang penting program MeleTOP itu.

Apa-apa pun, kami di Berita Kopak juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Nabil dan Azmi. Semoga segala impian mereka tercapai, dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan rezeki yang melimpah ruah serta berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


