Artis / Selebriti
” Sedap lah suara Mimi nyanyi, cute pula tu ucapan thank you dia.. “- Komen Netizen
Video perkongsian WhatsApp voice notes ucapan selamat pengatin baru daripada Ray untuk Mimi Lana buat ramai terhibur. Eh, eh berbalas lagu pula, last part tu paling cute. Comel suara Mimi menyanyi, ada suara Syafiq juga lah..
Umum mengetahui yang pasangan selebriti sama cantik sama padan iaitu Syafiq Kyle dan Mimi Lana telah selamat bergelar pasangan suami isteri beberapa hari lalu. Perkongsian khabar gembira juga dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti serta para peminat.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik radio Sinar, telah dikongsikan video yang memaparkan rakaman WhatsApp voice notes antara penyampai radio, Ray kepada Mimi Lana. Menerusi rakaman WhatsApp itu, Ray memberikan kata-kata ucapan selamat pengantin baru kepada Mimi serta menyanyi lagu selamat pengantin baru.
Selepas beberapa hari, Mimi membalas kembali WhatsApp voice note Ray dengan ucapan terima kasih. Namun, apa yang mencuit hati, Mimi juga turut membalas nyanyian Ray dengan menyanyi lagu Sumpah dan Cinta Matiku. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang terhibur mendengar WhatsApp voice note antara Ray dan Mimi serta dalam masa yang sama memuji nyanyian Mimi yang dikatakan memiliki suara yang merdu. Sehingga kini, perkongsian yang dimuatnaik oleh Sinar tersebut telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sedap lah suara Mimi nyanyi, cute pula tu ucapan thank you dia.. Comel jg tetiba ada suara Syafiq Kyle last2 tu, hehee.. Tahniah korang.. “
” Diaorang kan adik beradik dalam The experts. Tinggal remy dengan aaron je tak de.. Hahaha.. Ray pun kemain, dia yang start menyanyi dlu, haha.. “
” Aishhh comel lah mimi ni,suara pon buat kita cairrr.. Selamat pengantin baru Mimi n Syafiq. Cuma sedih tak ajak datang kenduri, hahaha.. “
” Arrrrrghhhh shomelllnyaaa, hehehe.. Kita yang dengar pun tersenyum2 jg.. Boleh tahan sedap suara Mimi nyanyi.. Not bad lah.. “
” Ada byk mimi lana ke sampai save blkg tu pelakon, hahahaha.. Ws hari jumaat. Ahad baru reply ea. Hampir nak kena sidai tu Ray, haha.. “
” Dia save Mimi Lana pelakon. Padahal mimi bole nyanyi gakk, hahaha.. Tahniah Mimi, dah selamat jadi isteri.. Moga2 terus kekal sampai akhir hayat.. “
” Risau Mimi Lana dh kawin.. Mimi peri masih ade.. Sahurrrrrrrrrr.. Btw tahniah korang, didoakan hubungan rumah tangga yang baru dibina ini akan bahagia smpai lah syurga.. “
Part last, Syafiq pun turut mengucapkan terima kasih kepada Ray atas ucapannya. Apa-apa pun, sekali lagi, tahniah diucapkan kepada Mimi dan Syafiq yang sudah bergelar pasangan suami isteri. Semoga perkahwinan kalian ini akan kekal bahagia sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my, mismimilana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

