Artis / Selebriti
” Sedap lah suara dia, bakat terpendam ni.. ” – Netizen
Video Suami Fasha Sandha, Aidil Aziz Menyanyi Lagu Cakra Khan, Kekasih Bayangan Di Sebuah Majlis. Wah Sedap Lah Suara Aidil, Ada Vibe-Vibe Suara Cakra Khan. Bukan Biasa-Biasa Lagu Aidil Menyanyi, Lagu Cakra Khan Tu !!
Umum mengetahui yang pelakon Fasha Sandha telah mendirikan rumah tangga bersama Aidil Aziz yang juga merupakan seorang pelakon. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Fasha mahupun Aidil suka berkongsi perkembangan karier dan kehidupan mereka di akaun Instagram. Ramai yang menyifatkan pasangan ini adalah pasangan yang serasi daan bahagia bersama. Terbaru, Fasha ada memuatnaik video Aidil sedang menyanyi.
Menerusi video itu, Aidil menyanyikan lagu bertajuk ‘Kekasih Bayangan’ nyanyian asal oleh penyanyi Cakra Khan di sebuah majlis yang dihadiri oleh mereka. Difahamkan majlis tersebut adalah sambutan hari lahir anak kepada penyanyi Mawi.

Meskipun pada awalnya Aidil kelihatan seperti malu, namun dia berjaya menyanyi dengan baik di hadapan para tetamu yang hadir. Selain itu, telatah Fasha sedang menepuk tangan kerana teruja mendengar nyanyian Aidil meraih perhatian ramai.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang memuji suara Aidil menyanyi dan memberikan emoji suka. Antara komen tersebut adalah :
” Sedap lah suara dia, bakat terpendam ni.. Tak dan nak sign otograf. Huhu.. Ok.. Boleh masuk masked singer la cmni.. “
” Not bad hahhh… Hebat depa.. Suara sedap.. Hansome.. “
Di ruangan kapsyen, Fasha mengatakan yang Aidil bukan sahaja hebat bermain bola sepak, malah Aidil juga boleh menyanyi. Sehingga kini, perkongsian video itu menerima ratusan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Merdu sungguh suara aidil menyanyikan lagi Cakra Khan ini. Mana tahu, di masa hadapan rezeki Aidil boleh jadi penyanyi pula selepas ini. Apa-apa pun, semoga Fasha dan Aidil terus bahagia bersama serta kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fashasandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



