Artis / Selebriti
” Sedap, berdiri bulu roma. Memang ada vibe, feel tu dapat.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Shuib Terharu Ummi Umairah Menyanyi Lagu Arwah Siti Sarah Raissuddin Berjudul Kesetiaan. Sedapnya Umai Menyanyi Lagu Ni, Menusuk Sampai Ke Hati. Sampai Shuib Pun Tersentuh !!
Menerusi satu akaun Instagram Dolspodcast, perkongsian sebuah video ketika sesi podcast bersama anak saudara Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Ummi Umairah telah meraih perhatian ramai. Umairah telah menyanyikan sebuah lagu berjudul Kesetiaan yang merupakan lagu arwah Siti Sarah Raisuddin
Nyanyian Umairah cukup membuatkan ramai terpukau kerana kemerduan suaranya. Malah Shuib yang turut ada dalam sesi podcast tersebut turut tergamam mendengar tone suara Umairah yang cukup merdu untuk lagu ini. Tambahan pula Umairah baru berusia 13 tahun.
Sejak memenangi pingat emas dalam pertandingan ‘World Championships of Performing Arts (WCOPA)’ ke-27, nama Umairah semakin meningkat naik. Walaupun sebelum ini Umairah sudah menyertai banyak pertandingan di Malaysia, namun rezeki Umairah di peringkat antarabangsa.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 7 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 1 jam ia dimuatnaik buat masa ini. Umairah boleh menyampaikan lagu ini dengan baik dan memberikan satu aura yang cukup berbeza untuk lagu ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Rata-ratanya memuji kemerduan suara Umairah. Antara komen-komen mereka :
” Serius sedap sangat.. feel Tu dapat.. memang ikhlas Dari Hati Dan ini adalah BAKAT.. MasyaAllah….. Sedap suara…. Aku yg sebak.. Tringat arwah sarah.. “
” Ni baru berul nyanyi… relax jer… kita yg dgr pun x rasa terseksa telinga nak mendengar… kekalkan mcm ni umai…yg terpekik tu biarkan diaorg… “
” Diaorang nak tunjuk sapa lagi hebat.. .umai x payah tiru diaorg…umai dah hebat…kudos.. Dengar guna headfon.. subhanallah sedapp berdiri bulu romaku.. mmg ada vibe.. “
” MashaAllah sedaaaapppppnyyyaaaa lahaiiii Umai Sayang.. Serious semua cukup perisa rasa lemak pedas segala jenis herba semua lengkap. Really Really Really Love It .. “
” Budak ni nyanyi ikhlas.. sama MCM arwah.. rindu sampai mengalir air mata bila dengar.. dia nyanyi baru sama.. sedap dengar.. “
” Semoga umai terus berjaya lakar nama dlm industri seni umairah_sairahtarudin. Part paling best dol … ajai patut bagi peluang umai cover version baru kat umai.. “
” Sorry mata ak sedikit berair bila dgar lagu ni semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang beriman dan beramal soleh.. “
Merdu sungguh suara Umairah. Umairah membuktikan apa sahaja genre lagu boleh dinyanyikan dengan baik olehnya. Semoga Ummi Umairah dapat membina nama setanding dengan penyanyi-penyanyi hebat yang lain dalam dunia seni hiburan tanahair dan antarabangsa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dolspodcast, Umairah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
