Artis / Selebriti
” Sebulan dah sayang, tapi masih tetap terasa ada. Berbahagialah di syurga yang indah sayangku.. ” – Ainina Ahmad B
Genap sebulan pemergian puteri tersayang Nur Ara Elisya, perkongsian oleh Ainina Ahmad dan Rahmad Mega menyentuh hati ramai. Sebaknya baca luahan Ainina dan Rahmad tentang anak syurga mereka yang sudah tiada..
Pada bulan lalu, penyanyi Rahmad Mega berkongsi mengenai anak istimewanya, Nur Ara Elisya telah pun pergi buat selama-lamanya. Perkongsian khabar duka itu diberitahu sendiri oleh Rahmad menerusi sebuah video yang dimuatnaiknya di akaun Instagram.
Semalam, tarikh 22 Julai genap sebulan pemergian Elisya bertemu Penciptanya. Meninjau di akaun Instagram milik ibu Elisya iaitu Ainina Ahmad B, telah dikongsikan satu posting yang memaparkan gambar Ainina bersama arwah Elisya. Di ruangan kapsyen, Ainina meluahkan rasa rindu kepada anak bongsunya itu.
Tulis Ainina, walaupun sudah satu bulan Elisya pergi, ianya terasa seperti Elisya masih ada. Selain Ainina, Rahmad juga turut berkongsi posting di akaun TikTok meluahkan rasa rindu kepada Elisya. Perkongsian Ainina dan Rahmad menyentuh hati ramai.

Untuk sekadar info, beberapa bulan sebelum meninggal, Rahmad ada berkongsi berita Elisya telah menjalani pembedahan bagi meluruskan tulang belakangnya yang membengkok 140 darjah akibat sindrom Prader Willi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).
Ikuti perkongsian di bawah ini :


Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan ucapan takziah dan kata semangat buat Ainina dan Rahmad. Antara komen-komen tersebut adalah :
“I feel u beb.. Al fatihah.. Dia akan tarik ibu dan ayah ke syurga.. Stay strong k.. Memang sakit merindui orang yang dah tak ade.. “
” Rindu pd yg “tiada” amat sakit.. Trs kuat ye kak.. Anak yang dikandung 9 bulan, tatang penuh kasih sayang selama 16 tahun.. Bukan mudah untuk melupakan.. “
” Al-Fatihah tuk ank syurga hebat yg cerdik pandai.. Kita pun rindu sangat dengan Elisya.. Video dia, manis betul anak syurga ni.. “
” Akak org yg hebat, semoga Allah tenangkan hati akak.. Allah mudahkan urusan akak. Semoga anak akak tarik akak ke syurga nt.. “
” Sabar la abang bukan semua dapat insan terpilih selama 16 tahun Allah pinjamkan anak syurga semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan di taman syurga.. “
” Al-Fatihah, semoga Abg juga keluarga diberi ketabahan dengan ujian ini.. Adik sedang bermain main d syurga… Allahuakbar.. Sayu hati ini.. “
” Dia sedang bermain di Syurga menunggu kedatangan Ayah dan Ibunya.. Al Fatihah buat anak Rahmad dan Ainina.. “
Rindu kepada orang yang sudah tiada sememangnya sangat menyakitkan. Semoga Ainina dan Rahmad diberikan kekuatan, ketabahan yang luar biasa untuk menjalani kehidupan baru mereka tanpa Elisya. Sama-sama kita mendoakan semoga Nur Ara Elisya tenang di sana serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.

Silakan SHARE..
Sumber :IG aininarich_official, TikTok rahmadmega01
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

