Artis / Selebriti
” Sebenarnya gimik dengan Fattah ni pun.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Amira Othman menjelaskan mengenai gimik bersama Fattah Amin raih perhatian warganet.  Ini penerangan Amira mengapa dia lakukan gimik ini, tenang dan tersusun je ayat Amira..
Segala teka teki mengenai status hubungan pelantun lagu Hati-Hati, Amira Othman dan duda terhangat di pasaran, Fattah Amin akhirnya terjawab sudah. Fattah yang muncul sebagai special appearance dalam music video single terbaru Amira berjudul Bila Nak Kahwin yang baru sahaja dilancarkan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan temubual wartawan bersama Amira sesudah selesai majlis pelancaran lagu barunya itu. Amira memohon kemaafan daripada semua penyokongnya sekiranya terguris hati dengan tindakannya kali ini.
Kata Amira, sebelum ini orang selalu mengatakan dia bersih daripada sebarang kontroversi. Amira tekad untuk keluar dari comfort zone dan kepompongnya apabila memutuskan untuk berkolaborasi bersama Fattah dalam menjayakan gimik tersebut.

Amira juga sedar dia perlu menguatkan mental dan hati dalam menghadapi pelbagai respon daripada warganet. Ianya lumrah, ada orang yang suka dan ada orang yang tidak suka dengan apa yang setiap yang kita lakukan. Tambah Amira lagi, jika ada kolaborasi bersama orang yang berstatus single, pasti akan ada yang padankan mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Oloh xpolahhh… kami suka tgk gimik gtuuw. Senyum-senyum simpul tengok lurve sangat hahaha.. “
” Cantik dan memang sepadan Amira dengan Fattah. Kalau betul betul pun ok jer.. kita setuju dan restu gitu.. “
” Alaa baru semangat nak tengok konten jakel dengan pakmat western.. gimik rupanya.. kalau ada jodoh pun tak apa.. masing-masing single.. “
” Dah tahu dah tapi harap gimik jadi kenyataan, sesuai sangat korang berdua ni.. tak ape amira selagi niat baik.. xde org nk cakap negatif.. asal jaga batas … itu shaja.. “
” Dari kerjasama camni la, bermula bibit2
perkenalan.. InsyaAllah kalo ada jodoh fattahaminz ngan amiraaothman peminat pun tumpang happy.. kalo tak jadi, bila kau nak menikah, memilih tak sudah.. lidahmu pedas2 , telingaku panas2, hatiku keluh kesah mendengarnya.. “
” Masalahnya gimik dia menjadi.. mcm aedy ashraf dgn nabila razali.. kecoh 1 Malaysia. Didoakan gimik ini menjadi realiti.. moga berjodoh la sebab nampak sepadan sangat.. “
” Dah tahu dah tu gimik.. biasalah artis ada cara untuk dia promote lagu dan drama dia.. tp sumpah lah gimik ni ramai yang suka.. ramai yang doakan tau Amira dengan Fattah.. “

Walaupun sekadar gimik, namun ramai yang berharap menjadi kenyataan hubungan Fattah dan Amira. Apa-apa pun, yang pasti Fattah dan Amira hanya berkawan. Semoga Amira dan Fattah terus maju jaya dalam karier masing-masing dan didoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Official Hlive, IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti19 hours ago Artis / Selebriti19 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
