Artis / Selebriti
” Sebelum ni saya tak pernah dapat rasa saya boleh berada dalam feminine energy.. ” – Shila Amzah
Video Shila Amzah dan suaminya, Ubai berkongsi mengenai kehidupan rumahtangga mereka dalam satu temubual raih perhatian warganet. Shila dedah perbezaan sebelum dan selepas berkahwin dengan Ubai..
Umum mengetahui penyanyi terkenal, Shila Amzah telah mendirikan rumahtangga bersama personaliti media sosial iaitu Ubai. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang comel bernama Rhea Akira.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik majalahpama, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual bersama Shila dan Ubai. Menerusi video itu, Shila berkongsi mengenai kehidupan rumahtangganya bersama Ubai sekarang.
Kata Shila, dia tidak menyangka setelah berkahwin dengan Ubai, dia dapat merasa berada dalam feminine energy berbanding sebelum ini Shila adalah masculine energy. Menurut Shila, sebelum ini semua dilakukan sendiri olehnya dan sangat berbeza keadaan tersebut kerana Ubai melayaninya seperti seorang princess.

Bahkan bukan itu sahaja, kata Shila lagi, komunikasi antara pasangan sangat penting dalam sebuah ikatan rumahtangga dan akui Shila, hal tersebut diterapkan bersama Ubai dan hubungan mereka sekarang sangat baik. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ahamdulillah. Perempun mmg suka kalau org layan as princess. Sweet couple.. Semoga Shila terus bahagia bersama Ubai.. “
” Suka tgok Sha skrg nampak happy beza sangat-sangat.. Hope together sampai bila2 taw korang, kekal hingga ke syurga.. “
” Can relate. Dulu independent sebab anak sulung from broken home so semua buat sendiri. Dah kahwin drive pun tak, always jadi passenger princess .. “
” Nampak Shila in a good hands. Alhamdulillah. Sdap name Ubai ni rupanya.. Pasangan serasi bersama ni.. Till Jannah.. “
” Alhamdulillah,bila bertemu the right man.. Nampak Shila sekarang sangat2 bahagia.. Semoga terus bahagia Ubai dan Shila.. “
” I am happy for Shahilaamzah. She has found the one and will enjoy Ubai’s warmth and company for life. Insha’Allah, with Allah’s grace and generosity, they will keep each other’s company and be together until Jannah.. “
” Apesal ubai tu tersipu sipu.. Halahhhh lain terus perangainya bila ada isteri disebelah, haha.. Btw sweet sangat korang berdua.. “
Perbezaan jarak usia yang jauh bukanlah penghalang untuk hidup bahagia. Ramai yang suka melihat kehidupan Shila sekarang bersama Ubai dan anak-anak. Dalam masa yang sama, peminat juga mendoakan semoga pasangan ini terus kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahpama
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

