Artis / Selebriti
” Sebelum dan selepas ruang tamu rumah kami.. ” – Ryzal Ibrahim
 
																								
												
												
											Video Ruang Tamu Rumah Pasangan Pempengaruh Media Sosial, Ryzal Ibrahim Dan Maryam You Narae Selepas Membuat Dekorasi Raih Perhatian Warganet. Wow Nice Sangat, Terus Nampak Lain Lah !!
Sebut sahaja nama pasangan pempengaruh media sosial iaitu Ryzal Ibrahim dan juga isterinya, Maryam You Narae pasti ramai yang mengenali mereka. Kisah perkahwinan mereka beberapa tahun lalu menjadi perhatian kerana Maryam merupakan warganegara Korea.
Banyak perkongsian video oleh pasangan ini menarik perhatian ramai. Lebih-lebih melihat Maryam yang suka membuat kelakar dan gelagatnya menyakat Ryzal mencuit hati warga maya. Setelah berkahwin, mereka telah menetap di Malaysia dan hasil perkongsian hidup bersama, Ryzal serta Maryam dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberikan nama sebagai Rina.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Ryzal telah dikongsikan video yang memaparkan Ryzal membuat dekorasi baru di ruang tamu rumahnya. Kalau dilihat pada awal video, ruang tamu tersebut pada asalnya hanya mempunyai sofa panjang dan dekorasinya sangat ringkas.

Namun setelah membuat dekorasi baru dan membawa sedikit kelainan, ruang tamu tadi kelihatan sangat cantik dan suasananya terus kelihatan mewah serta elegant. Beberapa tempat diubahsuai dengan citarasa pasangan ini. Perkongsian video tersebut sekali lagi menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
Sehingga kini, video ruang tamu rumah Ryzal dan Maryam menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Ada yang memuji ruang tamu rumah pasangan ini cantik. Antara komen-komen menarik adalah :
” Balik rumah penat2 tengok rumah kemas, cantik rasa tenang.. Cantik, nampak nice sangat selepas tu.. Kemas betul rumah.. “
Namun ada juga yang mengatakan apa yang dilakukan oleh Ryzal tersebut hanya membazir duit jika rumah itu adalah rumah sewa. Komen tersebut mendapat reaksi beberapa orang lain yang tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh individu tersebut.


Cantiknya hasil selepas dekorasi. Biar lah rumah sendiri atau rumah sewa, asalnya Ryzal dan Maryam bahagia dan mereka tahu apa yang terbaik buat mereka. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat pasangan ini. Semoga Ryzal serta Maryam terus dimurahkan rezeki, berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ryzalibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
