Artis / Selebriti
” Sebak baca caption mummy ni. Bertuahnya Shuib dapat beristerikan Watie.. ” – Komen Netizen
Posting Terbaru Watie Hanifiah Mengenai Shuib Sepahtu Dan Anak-Anak Buat Warganet Tersentuh. Rupanya Sudah Lama Watie Impikan Kehidupan Yang Dilaluinya Kini !!
Meninjau ke akaun Instagram Watie Hanifiah, posting terbaru Watie telah meraih perhatian ramai. Watie berkongsi sekeping gambar yang memaparkan Shuib bersama empat orang cahaya mata mereka. Watie menyatakan inilah pelengkap kehidupannya.
Menurut Watie, dia sudah lama ingin bercuti bersama suami dan anak-anak setiap kali Watie pergi bercuti ke mana sahaja ketika waktu bujang. Akhirnya impian Watie tercapai apabila mendirikan rumahtangga bersama Shuib dan mendapat anak tiri seramai 4 orang.
Watie memanjat rasa syukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya sekarang. Baru-baru ini Watie sekeluarga telah pun pergi bercuti ke Vietnam dengan membawa ibunya, ibu mertua dan ibu bapa arwah Siti Sarah Raissuddin.

Perkongsian ini telah menerima lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Anak-anak Shuib juga sangat rapat dan mesra dengan Watie. Malah Watie juga melayan mereka seperti anak kandungnya sendiri.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Wanita kiriman Tuhan buat Shuib dan anak2… Bahagia Siti Sara di sana.. Love u mummy watie..semoga terus kuat,dan setia bersama suami dan sayg anak2 smpai Akhirnya.. “
” Alhamdulilah baik sgt watie no.dulu sy tak suka iamwatie tapi alhamdulilah sejak kahwin nampak kenapa mereka sayang watie.. “
” Masyaallah.. Sebak sikit baca caption mummy ni.. Bahagia dunia khirat ye.. Allah maha baik. Impian mummy jd kenyataan.. “
” Dalam kes ni, soeb power. Walaupun dah ada keluarga baru, dia masih lagi rapat dengan keluarga arwah isteri dia. Rapat bukan biasa biasa pulak tu. Tak pernah lagi jumpa keluarga macamni.
” Keluarga arwah isteri pun terima keluarga isteri baru dengan baik, buat macam anak sendiri. Hebat. Allah maha baik kan mummy.. “
” Suka tengok Watie layan anak2 seperti anak kandung .. Semoga bahagia selamanyaa bertuah shuib dapat isteri sebaik watie ni yg ikhlas sygkan anak anak.. “
” Semoga keluarga ini sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah. Semoga mammy dapat anak yg kelima dng segera…. Aamiin.. “
Jodoh dan pertemuan semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Siapa sangka begini jalan kehidupan yang dilalui oleh Watie. Semoga jodoh Watie dan Shuib berkekalan sehingga akhir hayat dan sentiasa berbahagia bersama anak-anak tersayang. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

