Artis / Selebriti
” Sayu pulak saya dengar, pandainya Wira.. ” – Netizen
Video Anak Betty Rahmad, Ardy Wira Mengalunkan Azan Buat Warganet Kagum. Bagusnya Asuhan Betty Untuk Wira Ni. Kecil-Kecil Dah Pandai Azan Dengan Baik. Sejuk Perut Mummy Mengandung Ada Anak Soleh Macam Ni !!
Ardy Wira sudah 4 tahun usianya dan membesar dengan penuh kasih sayang oleh Betty Rahmad dan Ardy Damis. Pada usia Wira sekarang, si kecil ini sangat petah dan lancar bercakap baik dalam bahasa Melayu mahu pun bahasa Inggeris.
Betty dan Ardy Damis juga sangat menitik beratkan ilmu agama untuk anak mereka ini. Wira juga sudah pandai mengaji dan banyak menghafal doa-doa ringkas. Seimbang ilmu dunia dan akhiratnya, Wira antara anak selebriti yang sering meraih perhatian ramai.
Meninjau akaun Instagram Betty Rahmad, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Wira sedang mengalunkan azan sebelum mereka bersolat jemaah. Ardy Damis dan Betty berdiri di belakang Wira memerhatikan bacaan anak mereka ini sama ada betul atau tidak.

Sangat mengagumkan, Wira dapat mengalunkan azan dengan cukup baik. Alahai Wira, cepat sangat Wira besar dan menjadi seorang yang bijak dan pandai. Komen warganet, sejuk perut Betty mengandung setelah melihat kelakuan Wira yang menyenangkan hati.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Betty ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masya Allah anak soleh. Wira cepatnya awak besar, sehebat Bilal bin Rabah, insya Allah.. jadi anak yang baik Wira.. ”
” Masha Allah, asbab Daddy dia banyak korban untuk agama, Allah bagi faham kat anak.. hebat asuhan betty dan suami.. ”
” Allahu Akbar… bijak anak nie… dah tahu bgmana didikan ibu ayahnya… tentulah agama yg diberatkan.. ”
” Beruntunglah mommy dan daddy dikurniakan anak soleh . Tahniah buat keduanya kerana berjaya mendidik Wira dgn asas agama dan sahsiah yg baik.. ”
” Sayu pulak saya dengar.. pandainya wira kak.. Love sgtt tengok dia niey ya Allah. masyaAllah… bertuah kak betty n husben.. ”
” Masya Allah Wira anak soleh.. bangganya tengok Wira, kecil lagi dan pandai azan.. sejuk perut mummy mengandungkan awak.. ”
” Well done Wira, mommy and daddy, semoga Ardy Wira menjadi nak yang soleh dan menyenangkan semua.. ”
Sedap sungguh alunan suara azan Wira ini, bangga Betty ada anak seperti Wira. Bak kata pepatah, melentur buluh biar lah daripada rebungnya, baru lah dapat hasilnya. Semoga Ardy Wira menjadi anak yang soleh selalu dan membanggakan hati kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Betty Rahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen



