Artis / Selebriti
” Sayu mommy tengok. Ini lah hadiah yang Allah nak bagi pada mommy.. ” – Rita Rudaini
Perkongsian Rita Rudaini Video Throwback Anaknya, Airit Rayyan Rizqin Menghafal Surah Ketika Di Masjidil Haram Buat Ramai Terharu. Harta Rita Paling Berharga. Baik Akhlak Dan Elok Paras Rupanya. Sejuk Hati Dengar Bacaan Rayyan !!
Meninjau akaun Instagram Rita Rudaini, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sedang menghafal surah dalam Al-quran. Ketika itu, Rayyan sedang duduk di dalam Masjidil Haram bersama seseorang yang dipanggil uncle Rizal.
Rayyan pada waktu itu baru sahaja berusia 10 tahun dan kecintaannya terhadap Al-quran sudah bermula. Tenang hati mendengar bacaan Rayyan, nampak betapa berusahanya Rayyan untuk mengingati surah tersebut. Wajah Rayyan menggambarkan kesungguhannya itu.
Kata Rita, hatinya berasa sayu melihat moment ini. Betapa sayangnya Allah kepada Rita kerana mengurniakan Rita anak yang terang hati dan cintakan Al-quran. Hadiah daripada-Nya yang berharga dan tiada apa yang akan menandingi anugerah Allah ini.

Beruntung sungguh Rita kerana Rayyan memang anak yang baik dan taat kepada ibunya. Rayyan juga merupakan sumber kekuatan Rita yang selalu ada di sisi baik ketika Rita sihat atau sakit. Benarlah kata orang, anak sulung lah yang mengajar seorang ibu bagaimana untuk menjadi ‘ibu’.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 43 ribu tanda suka dan ribuan komen daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Satu kejayaan besar seorang ibu bila Allah berikan kefahaman agama pada anak.. Alhamdulillah.. Tahniah sis.. Inspired.. ”
” Betul rasa dah x nak yg lain dah kat Dunia bila anak tu jd anak soleh / solehah. Mudahan Allah jadikan semua anak2 kita jd anak yg soleh & solehah Dan anak yg berbakti pd orang tua. Aamiin.. ”
” Alhamdulillah.. Anak yg hebat dtg dari ibu yg hebat. saya tumpang gembira dan bangga. pelindung mommy dunia akhirat.. ”
” Video2 bginilah yg paling afdal utk dishare semoga menjadi inspirasi kepada ibu bapa yg lain utk didik anak yg mencintai alquran.. ”
” Allahuakbar, Allah lah Maha Mengetahui segalanya kan sis, semoga Allah hadiahkan sis dengan kebahagiaan sampai syurga Allah.. ”
” Mashallah anak yang akan menarik tangan kakak ke syurga. Aamin.. Ni jer satu2 harta yg ritrud727 sgt bangga.. sangat puas… sangat bermakna.. ”
Hati ibu mana yang tidak bangga dengan anak seperti Rayyan. Bukan hanya Rita, malah warganet juga turut merasa bangga dengan anak sulung Rita ini. Semoga Rayyan terus cemerlang dalam pelajaran dan menjadi anak yang berguna kepada mommy apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen


