Artis / Selebriti
” Saya tengok ulang kali kak Abby menyakat abang Norman, haha. Comel la korang.. ” – Netizen ” – Netizen
Video Abby Abadi Menyakat Norman Hakim Buat Warganet Terhibur. Asal Berjumpa Je, Tak Tak Sah Kalau Tak Menyakat. Lawak Betul Ayat Mama Abby Bagi Pada Papa Oman Tu. Siap Dapat Tittle Orang Asing Lagi, Sempoi Dua-Dua !!
Jodoh mereka sebagai suami isteri tidak panjang tetapi Allah izinkan Abby Abadi dan Norman Hakim terus bersahabat baik demi anak-anak. Setiap kali Abby berkongsikan videonya bersama Norman, pasti ada sahaja gelagat mereka yang membuatkan warganet terhibur melihatnya.
Meninjau akaun Instagram Norman Hakim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Norman dan Abby bertemu. Kata Norman, seluas-luas dunia boleh pula mereka terjumpa di situ. Norman memang diketahui ramai seorang papa yang penyayang terhadap anak-anaknya.
Dapat dilihat Marissa dan baby memeluk papa mereka ini. Abby pula dalam asyik merakam gelagat anak-anak bersama Norman sempat menyakat dengan mengatakan Norman ramai isteri. Norman pula mungkin tidak perasan ayat Abby ketika itu.

Tambah Norman di ruangan kapsyen, apabila dia ulang tonton video ini baru menyedari ayat Abby itu. Kata Norman, dia cuma ada isteri dan mantan isteri sahaja. Dalam nada bergurau, Norman mengatakan mantan isterinya itu sama pula wajahnya dengan tukang rakam video ini. Adui sempat lagi Norman membahan Abby.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 35 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
‘‘ Hahaha saya tengok ulang-ulang kak abby menyakat abang norman hahaha comel la korang semua.. ”
” Suka tengok keluarga abby abadi. Harmoni. MashaAllah Tabarakallah.. Hahahah orang asing.. tergelak dengar, membahan wajib bila jumpa haha.. tom and jerry ye.. ”
” Besar semua dah anak²nya. Semua cantik dan hensem.semoga sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah.. ”
” Alhamdulillah suka tgk.. love sgt family ni.. Bagus dia. Kalau sy mmg xsudi lahh nk mandang tapak kaki exxxx pn sy xinginnnn.. ”
” Tak perli tak sah dia tu. Suka sangat perli si mantan suami haha. semua sporting.. suka sakat menyakat.. ”
” Wah.. lengkap 1 family, ensem n cantik2 ank abby dgn norman.. moga kekal bahagia hingga ke jannah 5 beranak ni, wlupun norman n abby dh berpisah.. ”
” Baik mcmna pun dilayan.. tetap jugak perli .. dh jd makanan paling sedap utk dia agaknya.. apa pun smg bahagia family besar ni dunia akhirat.. ”

Lawak la Abby ni, boleh pulak spontan sebut ‘orang asing ‘ tu. Mujur la Norman sudah masak sangat dengan perangai Abby tu. Mesti Papa Oman kena bahan apabila berjumpa dengan Mama Abby. Apa-apa pun, semoga hubungan baik Abby dan Norman ini berkekalan sampai bila-bila dan selalu dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen



