Artis / Selebriti
” Saya sampai jadi macam malu pun ada, segan ada. Rasa macam lelaki eh apa ni.. ” – Shuib
Video Shuib Sepahtu mendedahkan kebaikan dan pengorbanan Watie Hanifiah yang orang luar tidak pernah tahu buat ramai tersentuh. Tak sangka sampai macam tu sekali Watie buat untuk Shuib..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sanzukinochi, telah dikongsikan satu video sedutan yang memaparkan live Shuib Sepahtu bersama isterinya, Watie Hanifiah. Pasangan ini berada di hospital kerana Watie baru sahaja melahirkan cahayamata baru mereka.
Shuib secara terbuka mendedahkan kebaikan dan pengorbanan Watie terhadap dirinya yang orang luar tidak pernah tahu. Kata Shuib, kali ini dia mahu semua orang tahu segala pengorbanan yang Watie lakukan demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga.
Jika dulu, orang mengatakan Watie memilih untuk menikahi Shuib kerana harta, semua itu terbukti tidak benar. Kata Shuib, Watie yang banyak berkorban mencari wang ringgit dengan cara menjual sambal hitam demi membantu Shuib yang sedang dalam kesusahan.

Walaupun Watie sarat mengandung, Watie tetap bersemangat menyertai expo jualan di Singapura, Brunei dan Kuala Lumpur demi membantu Shuib. Semua duit jualan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Shuib. Shuib meluahkan rasa terharunya kerana dikurniakan Watie sebagai isteri yang sikapnya tak ubah seperti Siti Sarah.
Jom tonton video di bawah :
@sanzukinochi Tahniah syuib dan watie dapat baby Girl. ♥️ #syuibwatie #fyppppppppppppppppppppppp #fypmalaysia
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Isteri-isteri shuib baik sebab shuib layan isteri dengan baik. shuib jenis hargai isteri.. dia ratukan isteri nye, bergurau senda membahagiakan isterinya, cukup kasih sayang yg diberikan.. “
” Sebab kau baik ib,Jenis tak berkira,baik dgn bini..byk tlg bini, sebabtu lah dia baik ib.. Alhamdulillah Allah kurniakan kedua2 isteri yg baik buat Syuib.. susah nak dapat wanita mcm ni di akhir zaman.. “
” Allah permudahkan urusan watie smua sbb watie jga baik anak2 yatim(Ank sarah)rezeki mencurah2.. segala urusan d permudahkan oleh Allah.. watie orng baik.. “
” Allahuakbar… dgn kebaikan jaga 4 ank arwah dgn penuh kasih syg ikhlas… Allah prmudahkan urusan watie.. alhamdulillah.. tak salah shuib pilih watie.. “
” Satu je nk ckp perubahan watie dulu dn watie yg skrg sbb layanan suib sbgi suami yg bnyk mengubah watie.. bgi watie plk ape yg dia buat n usaha tuk bantu syuib sbb kebaikan dn layanan syuib pada dia… suami cerminan buat isteri.. “
” Hakikatnya shuib yg baik..dia percaya ketentuan allah..dari penceritaan dia pn nmpk pndai menghargai..penuh dengan jiwa..jd tangki emosi isteri penuh..bila emosi istri baik maka keseluruhanNya akn jd baik.. “
” Senyum je watie ni,dlu2 ak bpkir watie ni cm x ok,skit2 sy sedar watie ni ad ati nurani yg baek,klo sy pn blom tentu dpt jd cm watie,shuib plih pmpuan yg tepat utk smbung kelansungan hdup dia ngn ank2.. “
Takdir Allah menemukan dan menyatukan Watie dan Shuib ternyata yang terbaik. Watie tidak hanya isteri yang baik tetapi juga mummy yang hebat untuk anak-anak Shuib. Semoga Allah mengurniakan Watie kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah selalu atas semua kebaikannya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok sanzukinochi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

