Artis / Selebriti
” Saya menangis melihat video Cik B bersama adik Dafia, rupanya.. ” – Dato’ Seri Vida
Video Cik B membuat kejutan datang ke rumah peminat ciliknya, Adik Dafia buat ramai tersentuh. Teruja sungguh Adik Dafia bila tengok Cik B datang. Part Adik Dafia peluk Cik B paling sebak..
Baru-baru ini, anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Sri Vida iaitu Cik B, telah memuatnaik video yang memaparkan seorang kanak-kanak bernama Dafia begitu teruja bertemu dengannya di tapak festival yang dianjurkan oleh Cik B di Perak. Gelagat manja dan keterujaan Dafia menarik perhatian ramai netizen, menjadikan moment itu tular di media sosial.
Meninjau di akaun TikTok Cik B, video terbaru memaparkan kejutan istimewa apabila Cik B sendiri hadir ke rumah Dafia untuk bertemu dengan peminat ciliknya itu. Ketika Cik B tiba, kelihatan Dafia sedang asyik menonton video-video Cik B di TikTok dan tidak menyedari kehadiran idola kesayangannya di depan mata.
Menerusi video itu, Cik B duduk di belakang Dafia dan menegurnya dengan lembut. Mendengar suara Cik B, Dafia kelihatan terkejut dan terus memeluknya dengan erat. Gelagat spontan Dafia membuatkan detik pertemuan itu begitu menyentuh hati.

Kejutan ini lebih istimewa apabila Cik B turut membawa hadiah untuk Dafia. Reaksi gembira dan keterujaan kanak-kanak itu jelas terlihat ketika menerima hadiah tersebut, sekali gus menambah kemeriahan moment berharga itu. Perkongsian ini menunjukkan sisi penyayang dan prihatin Cik B terhadap peminatnya, terutama peminat cilik yang menyokongnya.
Tonton video di bawah ini :
@cikb_havoc Seronoknya dapat buat orang happy😊 #fyp #cikb #tiktokmalaysia
Komen Dato’ Vida :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan kepada Cik B. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sy tgk video ni, sy kagum dgn cikB.. masya ALLAH,baiknya diaaa.. Sy tgk vdeo ni br sy dpt nilai cmne sikap cikB …Baik ny diaaaaaa.. “
” Penuh adab Cik B nie.. Mnta izin dulu nk rakam.. Cik B baik.. Rezeki adik tu, akhirnya impian dia jadi kenyataan.. “
” Antara salah satu adab pd zaman skrg yg cikB buat , tanya soalan ‘boleh rakam ke?’ jarang2 berlaku influencer minta izin nk merakam zaman skrg ni. p cikB bagus , ankel sapot lu cikB.. “
” Baik tu datang dari cikB dan kebaikkn datangnya dri seorang ibu mengajar dan mendidik ank menjadi baik untuk semua org.. Terima kasih dato sri vida telah menjdi ibu yg sempurna.. “
” Sebak aku bila cik B tanya “dafia rindu cik b” pastu dafia angguk, tba2 rasa mcm nak menangis.. Btw adab cik B sgt bagus.. “
” Sebaknya rasa.. Alhamdulillah syukur.. Terima kasih Cik B sudi happykan adik Dafia.. Semoga dimurahkan rezeki Cik B selalu aamiin.. “
” Terharu rasa hati tengok bila Dafia peluk Cik B tu, nampak dia betul-betul teruja sangat.. Alhamdulillah rezeki anak kecil ni.. “
Perkongsian video ini nyata menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa tersentuh melihat layanan baik Cik B terhadap Dafia. Momen sebegini bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi inspirasi tentang nilai kasih sayang dan perhatian terhadap peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok cikb_havoc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

