Artis / Selebriti
” Saya masih sayangkan dia, tapi kini masa tak sesuai.. ” – Aedy Ashraf
Video Akhir Aedy Ashraf Tampil Mengulas Tentang Hubungannya Dengan, Amelia Henderson Yang Dikatakan Sudah Tidak Rapat Seperti Dulu. Ini Rupa-Rupanya Sebab Mengapa Mereka Tidak Lagi Bersama !!
Baru-baru ini peminat-peminat pasangan selebriti yang dikatakan hangat bercinta, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson dikejutkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Amelia sendiri. Amelia memaklumkan yang hubungannya dengan Aedy sudah tidak rapat seperti sebelum ini.
Terdahulu video sweet antara Aedy dan Amelia sebelum ini sering meraih tumpuan warganet. Menurut Amelia atau Amelia Thripura Henderson, kekangan masa yang merupakan faktor hubungan mereka semakin renggang ketika menjawab pertanyaan peminat semasa sesi live di akaun Instagram miliknya.
Yang terbaru, Aedy akhirnya tampil bagi menjawab dan mengulas hubungannya bersama aktres dan pelakon cantik itu. Menurut Aedy, dia masih sayangkan Amelia tetapi seperti yang dimaklumkan oleh Amelia, Aedy menjelaskan masa mereka untuk meneruskan hubungan tidak sesuai.

Ini adalah kerana, Aedy dan Amelia masing-masing sibuk dengan karier mereka sehingga tiada masa untuk bercinta. Tambah Aedy lagi, itu adalah keputusan yang telah mereka berbincang bersama. Aedy turut menyifatkan Amelia seorang yang sangat profesional.
Tonton video penjelasan Aedy di bawah :
Menurut Aedy, mereka tidah bergaduh walaupun masa berkawan dahulu. Aedy turut tidak menafikan ada argument, tetapi mereka akan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang baik dan dapat menanganinya secara profesional.

Bak kata Aedy, kalau ada rezeki dan jodoh, mereka pasti akan bertemu kembali. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Aedy dan Amelia. Sekiranya ada jodoh untuk disatukan, pasti masanya akan sampai jua. Jika mereka ditakdirkan hanya untuk bersahabat, mungkin itu adalah lebih baik untuk mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahremaja, Aedy Ashraf, Amelia Henderson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

