Artis / Selebriti
” Saya macam auntie Sairah tu muka dia macam arwah.. ” – Thalita
Video Thalita Shuib kongsi cerita kenapa rapat dengan Siti Nursairah buat ramai yang tersentuh. Part Thalita cakap apa yang dia rasa masa peluk Sairah tu memang sedih sangat dengar..
Meninjau di akaun TikTok milik dayahhh.zzati, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak pelawak terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Thalita sedang membuat live di aplikasi Tiktok. Menerusi video tersebut, Thalita menceritakan sebab sebenar mengapa dia begitu rapat dengan penyanyi, Siti Nursairah.
Dengan nada lembut, Thalita berkata bahawa pada pertemuan awal mereka, wajah Siti Sairah kelihatan sangat mirip dengan arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin. Disebabkan itu, Thalita mengakui yang dia berasa seperti ingin memeluk Siti Sairah.
Malah, Thalita menggambarkan perasaan tersebut seperti memeluk arwah ibunya semula, sesuatu yang sangat dirindui oleh seorang anak. Tambah Thalita, apabila dia mengetahui semua anak-anak Siti Sairah memanggil ibu mereka dengan panggilan ‘ ibu ‘, dia juga turut mengikut memanggil Sairah dengan panggilan tersebut.

Turut dikongsikan oleh Thalita, setelah anak sulung Siti Sairah iaitu Umai sudah memakai tudung, membuatkan Umai semakin kelihatan seperti arwah ibunya, Siti Sarah. Persamaan wajah antara Umai dan arwah Siti Sarah mencetuskan lagi rasa rindu dalam diri Thalita.
Tonton video di bawah ini :
@dayahhh.zzati Love u tata 💕 #thalita #sitisairah #umai #fyp #fypp @tatatintun @umairahofficial_ @sitinursairahtarudin_new
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ok dek kalau itu cara melepaskn kerinduan mu. Walaupn kita tau tak akan ada ganti tempat seorang ibu yg melahirkn mu. Alfatehah.. “
” Dia kehilangan ibunya masa masih kecil kan. Bila berganti tahun, kita nampak diorang dah ok tapi sebenarnya rindu tak pernah hilang malah makin sakit.. “
” Sedihya dengar.. Nampak sangat dia memang rindukan ibu dia.. Its ok Thalita.. Kalau yang tu boleh boleh buatkan awak blh lepaskan rindu dkt ibu awak.. “
” Luahan hati yg tulus drpd Thalita,die mmg betul2 rindukan arwah ibunya.. Stay strong Thalita sayang… Awak kuat.. “
” Lawa lah budak ni makin besar.. Kejap betul masa berlalu.. Bukan mudah untuk lupakan. Kasih ibu bawa ke syurga.. “
” Bagus panggil saja ibu.. Tak salah pun Thalita.. Tumpang kasih syg hingga akhir hayat tahlita, terbaik… “
” Kenapa aku pula yang rasa sedih.. Betul lah, rindu org dah tiada memang sangat perit dan menyakitkan.. “
Perkongsian Thalita menerusi live tersebut telah menyentuh hati ramai. Ini membuktikan kasih sayang secara tak langsung boleh mengubati rindu dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan insan tersayang. Semoga hubungan Thalita dan Siti Sairah terus kekal erat serta menjadi sumber kekuatan buat mereka sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok dayahhh.zzati
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

