Artis / Selebriti
” Saya dengan Bella, betul kita pernah rapat. Tapi sekarang ni.. ” – Muaz Zabir
 
																								
												
												
											Video Muaz Zabir memberikan komen mengenai hubungannya dengan Bella Astillah raih perhatian ramai. Jawapan Muaz sangat profesional dan matang..
Meninjau di akaun TikTok milik f8buzz, telah dikongsikan video temubual bersama pelakon, Muaz Zabir. Menerusi video itu, Muaz ditemui di sidang media Gerobok Biru, Gegak Gempita Raya 2025 dan Muaz ada memberikan komen mengenai hubungannya bersama Bella Astillah.
Kelihatan Muaz menjawab dengan tenang soalan yang diajukan oleh wartawan dan akui Muaz, sebelum ini memang dia dan Bella berkawan rapat. Namun tambah Muaz lagi, sekarang dia dan Bella telah pun berdamai dengan takdir dan menerima suratan yang telah ditetapkan kepada mereka berdua.
Luah Muaz lagi, sebelum ini dia tidak pernah menafikan hubungannya bersama Bella. Walaubagaimanapun, dia sangat gembira melihat fenomena BASS yang hangat diperkatakan dan menjadi viral di media sosial. Kata Muaz lagi, dia merasakan Bella serta YB Syed Saddiq ada keserasian bersama.

Perkongsian video ini telah mendapat perhatian warganet. Ada yang mengatakan mendengar apa yang dibicarakan oleh Muaz, jelas membuktikan yang sebelum ini Bella adalah insan istimewa bagi Muaz. Sehingga kini, video temubual Muaz tersebut menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@f8buzz Berdamai dengan takdir, macam tulah Muaz kan ☺️🥰 Muaz Zabir memberi komen mengenai hubungannya dengan Bella Astillah dan kehadiran Syed Saddiq dalam hidup ‘kawan baiknya’ itu. Tidak pernah menafikan hubungannya dengan Bella, Muaz gembira dengan fenomena BASS. Muaz ditemui di sidang media Gerobok Biru, Gegak Gempita Raya 2025. Festival jualan raya ini akan berlangsung bermula 14 Mac di WTC Kuala Lumpur selama 11 hari. #f8buzzhiburan #muazzabir #bellaastillah #syedsaddiq #bass @Muaz zabir
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan ramai yang turut mendoakan yang baik-baik kepada Muaz. Antara komen-komen menarik adalah :
” Muaz dah tolak bgandingan dgn Bella masa shoot bju pngantin sbb dia takut lg makin jd kontroversi tp smua tu takdir utk jln BASS lg rapat.. “
” Nape muka dia nampak sedih sgt. Tp kalau Muaz dgn bella pon sesuai. Takpela. Kita doakan yg baik2 utk mereka. Mana yg terbaik utk Bella.. “
” Salute juga dgn Muaz, sangat professional menjawab. Semoga Allah berikan jodoh yg terbaik utk mu.. InsyaAllah, kamu pun layak untuk bahagia.. “
” Sedih tgk repost muaz 🙁 sejak waibe dgn bella repost dia sad² je gituw, before “bass” ada dia repost happy² je and dia last repost pasl bella yg “bukan dengan mu” je.. “
” Kisah hidup Bella ni memang dah macam kdrama and Muaz jd sec lead, but this time i’m not sec lead team.. Terbaik Muaz, sdh selesai pn sebelum adanya BASS.. Doa yg baik² utk Muaz jg.. “
” The best men win.. Dia mcm ni ppuan suka tgk effort lelaki.. Antara mereka nmpk YBSS tunjuk effort dia lbh ibarat 200% dan pd saya bella better dgn YBSS tegas dan bersikap melindungi.. “
” Mungkin Bella pun terfikir muaz muda lagi, ready ke nak terima kedua dua anak dia, bila dah jadi mak ni kita lebih pentingkan anak2 dari diri sendiri.. “
Sementara itu, ada juga di kalangan warganet memuji sikap Muaz yang sangat profesional ketika menjawab isu hubungannya bersama Bella. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Muaz. Semoga Muaz juga akan ditemukan pasangan yang sesuai dengannya dan bahagia bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok f8buzz, IG muaz.zabir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
