Artis / Selebriti
” Satu hari ni nanti, 2 beradik ni akan berebut trofi Anugerah Juara Lagu. Dua dua power.. ” – Komen Netizen
Video persembahan duet kali pertama anak-anak Siti Sairah, Umairah dan Amad di atas pentas raih perhatian warganet. Fuh sama hebat, sama power. Duo adik beradik yang bakal menggegarkan pentas hiburan tanah air..
Baru-baru ini, anak-anak kepada Siti Sairah Tarudin iaitu Umairah dan Amad telah pun diundang ke konti Radio Era. Nyanyian kakak dan adik ini meraih pujian ramai kerana suara mereka yang merdu dan lunak. Umairah sudah terkenal dan mempunyai nama dalam bidang nyanyian, manakala Amad pula baru ingin bermula.
Meninjau entry di akaun Tiktok Siti Nursairah Tarudin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian Umairah dan Amad. Ini adalah gandingan pertama mereka di atas pentas secara rasmi untuk sebuah majlis rasmi anjuran PTPTN bertempat di Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur.
Umairah dan Amad berpadu suara menyampaikan lagu dendangan asal Judika berjudul Jikalau Kau Cinta dengan cukup sempurna. Kelunakan suara Umairah ditambah lagi dengan suara Amad yang mendayu-dayu membuatkan ianya kedengaran harmoni.

Ramai yang memuji suara Umairah dan Amad. Ada juga yang menyamakan 2 beradik ini dengan pasangan duet penyanyi lama, Latiff dan Katijah Ibrahim. Tidak selalu duo adik beradik menyerlah dalam industri. Umairah dan Amad mampu mencipta satu fenomena dengan bakat yang mereka ada.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@sitinursairahtarudin First Offical @AMAD❗️❗️ bersama @umairah.sairahtarudin AMAD siblinggoals
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedapnya umai dan amad nyanyi.. Amad ada natural talent.. suara dia tu boleh buat semua terpaku.. semoga terus success.. “
” Satu hari ni nanti, 2 beradik ni akan berebut trofi Anugerah Juara Lagu. Dua dua Power.. “
” Umai ni suara dia something.. vibrato umai ini mega betul. Amad pun suara sedap. dia ada harmoni tersendiri.. ngam lah dengan suara Umai.. “
” Amad dapat harmoni dan balance suara dengan Umai, memang best.. sedap sangat lah suara Amad tu.. dua dua akan jadi penyanyi pelapis yang hebat.. “
” Wow terbaik. Moga ada single yang best utk Umai dan Amad. Bakal pelapis legasi Siti Nurhaliza.. Generasi Pelapis Fenomena Siti Situ Sana Sini.. “
” Harap ada single duet mereka berdua lepas ni.. confirm meletop.. memang family tokti ni family penyanyi.. “
” Pasangan duet beradik baru muncul, dulu ada Latiff dan Katijah Ibrahim.. the best duo.. merdunya suara dua beradik ni.. “
Paduan suara yang hebat daripada Umai dan Amad. Seandainya suatu hari nanti ada single duet mereka berdua, tidak mustahil boleh meletop di pasaran. Duet adik beradik yang bakal menyambung legasi family Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan menjadi pelapis penyanyi sedia ada.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Nursairah Tarudin, IG Siti Sairah Tarudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

