Artis / Selebriti
” Sampai terjengket kaki tu, dah macam nak berperang, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin memasak di dapur mencuit hati ramai. Punya jauh Rayyan dengan kuali, takut kena merecik minyak. Siap menjerit panas dan sakit. Bak kata Rita, dah macam kena ruqyah pula, haha..
Meninjau ke akaun instagram Rita Rudaini, posting terbaru Rita telah meraih perhatian ramai. Rita berkongsi sebuah video yang memaparkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sedang memasak di dapur. Wah, bagus Rita mengajar anak lelakinya memasak.
Apa yang menghiburkan ialah gelagat Rayyan yang takutkan minyak merecik. Biasalah apabila menumis sesuatu minyak agak sedikit merecik. Buat Rayyan yang pertama kali memasak pastinya takut dan berasa sakit terkena percikan minyak walaupun sedikit.
Rita kemudiannya cuba sama-sama memegang tangan Rayyan agar Rayyan teruskan memasak. Rupa-rupanya Rayyan akhirnya lari daripada masakan tersebut. Adoi, kelakarlah Rayyan. Dah macam kena dera pula menjerit sakit dan panas.

Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai memuji sikap Rita yang mengajar anak lelakinya membuat kerja-kerja di dapur. Pastinya apabila sudah biasa nanti tidak akan menjadi masalah.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Hahaha ..cmtu la salu ank bujang…geram je kadang.. Rpenye anak dia lawak la..ingt sejenis yg serius jer.. tuhh rileks je mak tu.. “
” Untung lerr ada tangan panjang..mcm tu aje pegi nya.. Alooooohhh sweet la ampoooooooo.. Pandai bt kelakar rayyan ni.. “
” Bagus mak dia ajar masak untung bakal bini dia.. Ryan boleh la masuk raja lawak ngan mommy. Dua2 kelakar.. Mami kau org dera ke tu… “
” Lawak hang ryan oi ingat pendiam jaa.. Bagusnya masuk dapur .. ada jin ke tu.. tinggi anaknya.. dah macam berperang, haha.. “
” Sampai terjengket kaki tu.. dia buat2 je rupenye.. elok je last tu.. Kalau Memasak memang auto tangan kat pinggang kan hahaha.. “
” Haha comel je.. masak pun handsome.. haha siap cekak pinggang.. mat lawak juga si rayyan ni.. boleh tahan kelakar lah.. “
” Boleh tahan terhegeh2 jugak hang ni dik.. gelak mommy hang.. keletah anak jadi pengubat hati mummynya.. kelakar ya amat.. “
Kelakar juga Rayyan ni walaupun nampak seperti seorang anak yang pendiam. Selepas ini apabila sudah biasa memasak, Rayyan tidak akan takut dengan percikan minyak lagi. Mummy boleh rehatlah apabila Rayyan sudah pandai memasak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ritruds
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


