Artis / Selebriti
” Sampai ke Tanah Suci tetap orang nak dengar Amir berselawat.. ” – Netizen
Video Adik Amir Sisi Mengalunkan Selawat Ketika Berada Di Dalam Bas Di Tanah Suci Buat Warganet Tersentuh Hati. Alahai Merdu Sungguh Suara Amir Berselawat. Beruntung Jemaah Yang Bersama Adik Amir Dapat Dengar Live !!
Meninjau ke akaun TikT0k Amir Sisi, video adik Amir berada di dalam bas sambil mengalunkan selawat telah meraih perhatian ramai. Adik Amir pada ketika ini berada di tanah suci Mekah sedang menunaikan umrah bersama ibu dan abangnya.
Adik Amir telah menerima tajaan untuk pergi ke tanah suci Mekah dan ia merupakan satu peluang keemasan buat adik Amir. Nampaknya sehingga ke tanah suci, suara adik Amir masih dirindui ramai dan meminta adik Amir mengalunkan selawat ketika di sana.
Sangat beruntung buat jemaah umrah yang lain turut sama-sama mengalunkan selawat bersama adik Amir. Kemerduan suara adik Amir mengalunkan selawat ini sangat memukau ramai. Bertuah sangat adik Amir dapat menjejakkan kaki ke sana.

Perkongsian ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sebelum ini juga tular video adik Amir mengalunkan selawat ketika di lapangan terbang KLIA sebelum berangkat ke tanah suci mekah.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar.. )
@amirunukofficial Jom selawat bersama…@Termoj Production @Andalusia HQ sambil2 pergi nelawat..#DiariAmirdiTanahSuci #fypシ #beranda #amirsisiunukofficial #termojproduction #diaridaripedalaman
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Amir mengalunkan selawat. Antara komen-komen yang diberikan :
” Allahuakhbar….indahnya seorang hamba Allah bernama amirsisi unuk.. Allahuakhbar.. dpt ikut skli sma2 berselawat Tafrijiyyah dgn unuk dan jemaah lain.. “
” Sampai ke tanah suci tetap org nak dgr amir berselawat.. semoga semua nye mendapat umrah yg mabrur… Aamiin.. “
” ALLAHUAKHBAR . Amir merdu dan sedap suara nya. Sejuk betul perut Amek Amir mengandungkan anak anak bertuah terutama Amir dan Azrul. Aamiin. Aura yg kelebihan Allah swt bahagi. Aamiin.. “
” Seronoknya jemaah yg dpy satu bas dgn amir.. Allahuakhbar kemana saje adik Amir berada, semua sayang.. beruntung jemaah yg bersama2 adik amir.. “
” Alhamdulillah merdu nya Amir berselawat, semoga dipermudahkan semua urusan di Mekah Aamiin.. Alhamdulilah Amir.. tersentuh hati mendengar.. “
” Seronoknya tgk amer n jemaah berselawat bersama.. Sayu je dgr.. Alhamdulillah..sama2 dpt berselawat bersama dgn amir.. “
” Alahmdulillah merdunya. Adik Amir berselawat.. semoga Adik Amir dipermudahkan segala urusan cemerlang dunia akhirat.. “
Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat menunaikan ibadah umrah buat adik Amir dan ibunya. Semoga segala urusan dipermudahkan ketika menjalankan ibadah di sana. Semoga mendapat umrah yang mabrur buat adik Amir dan ibunya serta jemaah-jemaah yang lain. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok AmirUnukOfficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



