Artis / Selebriti
” Sama cantik sama padan pasangan diraja ini.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Istiadat Persandingan Diraja Pengiran Abdul Mateen Dan Dayang Anisha Rosnah. Alahai Cantiknya Anisha, Berseri-Seri Dengan Busana Pengantinnya Itu. Simple Tapi Elegant Sangat. Putera Mateen Pun Kacak Sungguh !!
Sepertimana yang dijadualkan, hari ini tanggal 14 Januari 2024 adalah acara kemuncak bagi majlis perkahwinan diraja Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Abdul Mateen dan isterinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam.
Majlis persandingan diraja ini diadakan di Istana Darul Iman dan dihadiri oleh pembesar negara-negara lain antaranya Yang Dipertuan Agong Malaysia, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah.
Meninjau akaun Instagram Mingguan Wanita dan Dayang Anisha Rosnah, telah dikongsikan gambar-gambar ketika berlangsungnya majlis persandingan diraja Putera Mateen dan Dayang Anisha sebentar tadi. Putera Mateen segak mengenakan baju seragam tentera berwarna putih.

Dayang Anisha juga tampil anggun dalam busana moden berwarna putih. Baju yang simple namun tetap memperlihatkan kejelitaan Dayang Anisha. Tidak terlalu sarat dengan perhiasan di badan, wajah Dayang Anisha menjadi perhatian ramai.
Jom baca perkongsian di bawah :
Majlis hari ini adalah yang dinanti-nantikan oleh semua kerana ingin melihat pasangan pengantin baru ini bersanding di atas pelamin bersama. Dari awal majlis istiadat sehingga lah ke majlis persandingan, penampilan Dayang Anisha memang cantik dan sedap mata memandang.

Hanya berbaki 1 sahaja lagi iaitu majlis istiadat jamuan diraja yang akan diadakan esok hari. Semoga Putera Mateen dan Dayang Anisha dapat melayari alam rumahtangga ini dengan penuh ketenangan dan berbahagia selalu sampai ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, IG Mingguanwanita, IG Dayang Anisha Rosnah, ig hot fm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen


