Artis / Selebriti
” Salute Lan Pet Pet , sikap berani buat permohonan maaf melalui video dan secara berhadapan.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Lan Pet Pet datang bersemuka dengan Fazura untuk minta maaf dan leraikan semua yang terjadi raih perhatian ramai. Suka dengar ayat Fazura menyakat Lan tu. Nakal Faz ni..
Isu yang tercetus antara anggota Senario, Lan Pet Pet dan Fazura mendapat perhatian warganet. Semalam, Lan Pet Pet ada memuatnaik satu video permohonan maaf secara terbuka kepada Fazura atas ketelanjuran katanya dalam melawak, yang mana ianya menyentuh sensitiviti Fazura sebagai seorang wanita.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Jakel Textile, telah dikongsikan satu video terbaru Lan Pet Pet memberanikan diri bersemuka dan bertentang mata dengan Fazura di Jakel. Sebagai duta Jakel dan Fazura pula berkolaborasi bersama Jakel tahun ini, ianya perlu untuk melancarkan urusan kerja mereka.
Lan Pet Pet sekali lagi mengungkapkan ucapan maafnya kepada Fazura dan memohon agar kesilapannya itu dimaafkan. Fazura pula sebagaimana yang dinyatakan menerusi posting di akaun media sosialnya semalam, dia memaafkan dengan seikhlas hati semua kesalahan Lan Pet Pet itu.

Fazura seorang yang sangat positif dan dia turut menenangkan Lan Pet Pet dengan mengatakan dirinya juga ada berbuat kesilapan. Fazura yang juga suka bergurau ini sempat bersenda gurau dengan mengatakan, permohonan maaf Lan Pet Pet perlu disertai dengan beberapa buah tangan.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Orang lama ni, adab tinggi, cakap lepas kdng takde niat, sekadar bergurau, tp tak malu nk minta maaf, dan orang yg memaafkan pun lembut, semoga Allah pelihara kamu semua.. “
” Mereka dah bermaafan netizen pulak tak move on , cuba contohi sifat baik Faz memaafkan lebih baik cari redha , ambil pengajaran dari sikap buruk Mazlan dan keberanian dia utk buat permintaan maaf secara terbuka dan berdepan pada Fazura setelah sedari kesalahan diri sendiri.. “
” Lan dah mengaku salah & minta maaf, Faz pun ikhlas memaafkan.. alhamdulillah. semua dah bole la move on.. Allah kurniakn sifat² terpuji buat yg bernama Fazura yg berhati muliai yg yg terpuji di sisi Allah taala Allahuma Ammiin.. Faz sangat sangat.. “
” Masyaa Allah you all memang terbaik missfazura lanpetpet semoga di perluaskan rezeki abg lan and akak fazura.. “
” Salute abg lan lanpetpet , sikap berani buat permohonan maaf melalui video n secara berhadapan jugak sikap yg sgt trpuji. terbaik.. “
” Dua dua legend. Minta maaf & memaafkan, lagi lagi dah dekat Ramadan. Suka dua ketol ni, ambik pengajaran lepas ni tak kira la sapa sapa pun, alhamdulillah yang penting dan dan lapaq rojak buah & laksa.. “
” Alhamdulillah. Terlajak kata. Kdg2 melawak tanpa niat nak perli. Faz dah maafkan. Kita pun move on la ye. Yg memaafkan itukan lebih mulia. Kita pun nak sambut Ramadan. Bagus Faz ni. Baik hati dia.. “
Alhamdulillah, Allah kurniakan Lan Pet Pet dan Fazura hati yang baik dan semua ketelanjuran kata telah pun dimaafkan. Semoga kerjasama antara Fazura bersama Lan Pet Pet di Jakel akan memberikan impak dan meningkatkan lagi jualan baju raya Jakel untuk musim ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jakel Textile
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

