Artis / Selebriti
” Rosak lah Hadie, jenuh pujuk Kak Lina, haha.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein merajuk bila Hadie hanya memberikan bunga kepada Che Puan Sarimah buat suasana gamat dengan sorakan. Aiyok Hadie, Kak Lina dah merajuk. Part Hadie pujuk Kak Lina tu kelakar, berdekah dibuatnya, haha..
Hadie antara peserta kegemaran ramai di rancangan Talk To My Manager. Pada minggu ini, Hadie memberikan satu kejutan untuk juri dan penonton. Hadie membawakan beberapa jambak bunga yang telah pun dibungkus rapi dan diberikan kepada Ina Naim dan Che Puan Sarimah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Astro Gempak, telah dikongsikan suasana di dewan ketika Hadie menyerahkan bunga tersebut. Pak Nil yang berdiri di atas pentas bersama Ina kelihatan menghulurkan tangan untuk mengambil bunga tetapi sayangnya Hadie terus menuju ke arah Che Puan Sarimah.
Comel sahaja melihat reaksi Che Puan Sarimah sewaktu Hadie menyerahkan bunga. Kak Lina yang hadir sebagai juri jemputan pula membuat aksi lucunya kerana tidak mendapat bunga daripada Hadie. Sempat pula Kak Lina meminjam bunga daripada salah seorang penonton dan mengatakan kepada Hadie, jika dia mendapat sekuntum bunga pun sudah memadai.

Hadie pula menjawab bunga untuk Kak Lina akan dibawa pada minggu hadapan. Namun ketika waktu rehat, Hadie kembali bertemu Kak Lina di tempat juri dan memujuk Kak Lina untuk menerima bunga daripadanya. Geram sungguh melihat Kak Lina berlakon merajuk manja itu, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Hampir 2000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rosak lah Hadie, jenuh pujuk Kak Lina haha.. Takdi dia kata sekuntum jadilah, tiber jari kata nak dua.. wakakaka terhiburlah aku elly mazlein ni.. “
” Selamba Hadie bypass Pak Nil haha.. orang tu dah ready nak sambut bunga.. sekali hampa, dapat bayang je haha.. “
” Comel lah. Pujuk lah kak lina pasni haha.. lain kali standby bawak lebih. Adoii terhibur aku.. siannn kak lina.. lawak la wey.. “
” Comel je kak lina merajuk.. lawak la pak nil dengan kepom.. aku kesian dekat PakNil. ingatkan lagi satu untuk dia siap hulur tgn last2 kena palau.. “
” Masa Kak Lina geram betul, lawak.. kak.lina pun dh memang kaki lawak.. menjadi sgt la ye.. adoii kak lina majuk majuk, dapat jugak bunga haha.. “
” Aku tak boleh tahan gelak arrrr time nie…. hadoiiiii.. dia gi ambik bunga org d belakang.. nombo shaaatu betul k.lina.. “
” Suka tengok moment ni, happening.. hadie budak baik, kak lina pulak suka menyakat, memang tergelak tengok. Lucu tengok kak lina tu.. “
Ada Kak Lina memang suasana akan extra meriah. Hadie pun terhibur dengan perangai Kak Lina yang happy go lucky itu. Pandai pun Hadie memujuk Kak Lina, senyum Kak Lina dapat bunga daripada Hadie. Apa-apa pun, semoga Hadie berjaya sehingga ke final.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


