Artis / Selebriti
” Riuh dah mulut dia. Macam Ijack versi girl, comel betul.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Terbaru Anak Kedua Zahirah Macwilson, Inara Raisa Yang Kini Sudah Berusia 4 Bulan Buat Ramai Yang Geram. Amboi Inara, Cakap Apa Tu, Riuh Sungguh Mulut Dia Berceleloteh. Muka Tu Sebijik Macam Muka Abang Dia, Isaac Raees !!
Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian sebuah video terbaru anak kedua Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza iaitu Inara Raisa telah meraih perhatian ramai. Inara kini sudah pandai untuk diajak bermain dan juga berbual dalam bahasa bayi.
Video yang berdurasi beberapa saat ini telah membuatkan ramai netizen berasa gerzm melihat kecomelan Inara. Wajah Inara saling tidak tumpah seperti wajah abangnya iaitu Isaac Raees. Bak kata netizen, Inara adalah Isaac dalam versi perempuan.
Untuk info, Inara dilahirkan pada 31 Mei yang lepas dan kini sudah pun berusia 4 bulan. Seperti abangnya, Inara juga dilahirkan di Perth, Australia iaitu merupakan tempat kediaman ibu kepada Zahirah. Setelah beberapa bulan dilahirkan barulah mereka sekeluarga pulang ke Malaysia.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 8 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Seperti abangnya, Inara juga mempunyai akaun Instagram sendiri untuk dikongsikan segala perkembangan Inara buat tatapan peminat.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat wajah comel Inara. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Inara, tu pau kacang ke kaya? Geram aunty tengok .. riuh dah mulut dia..geram tengok.. Mcm Ijack version gurl.. comel betul.. “
” My angel.. Seketul muka mummy sungguh.. rambut tu memang genetik ke ternaik sikit macam abang ijack, comel.. “
” Hai sayang inara.. alolo sebijik ijack.. Nak sembang apa tu inara… Riuh mulutnya.. Copypaste abg.. morning baby girl.. “
” MasyaAllah comellnyaa inaraa.. Chumelnya… ya allah pipi pau .. semoga dirahmati Allah.. comey nye geram ye copypaste abg ijack 100% nie.. “
” Cantiknyaaaaa.. Ada ON OFF switch button kat tummy ke? Rub rub tummy then kluar bunyi .. Pot pet pot pet makcik .. Ada apa makcik.. “
” Hello Inara morning to you.. comelnya .. bebel apalah tu.. Mana breakfast ni..kenapa kena geget benda plastik ni.. anak kite sebaya ..Dania baru masuk 2 bln.. “
” Masyaallah moga inara membesar dgn sihat, dijauhkan dari hasad dengki manusia berada dibawah lindungan allah swt.. “
Alahai, comel betul Inara. Riuh betul mulut Inara dan pastinya menceriakan suasana di rumah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Inara Raisa membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia serta di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inara Raisa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti19 hours ago Artis / Selebriti19 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
