Artis / Selebriti
” Rhea tidur lena listening to mummy’s sweet nightingale’s voice.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Shila Amzah Mendodoikan Anaknya, Rhea Akira Raih Pujian Ramai. Fuh Bukan Biasa-Biasa Lagu Shila Menyanyi, Sambil Duduk Pun Mantap Betul Suara Tu. Untung Rhea Ada Mama Suara Sedap, Sampai Lena Rhea Tidur Yer !!
Menerusi entry terbaru Shila Amzah, telah dikongsikan satu video terbaru dirinya bersama anak keduanya, Rhea Akira. Hari ini genap lah usia Rhea sebulan dan Shila berkongsikan cerita mengenai dugaan yang Shila dan Rhea telah harungi dalam masa sebulan ini.
Bukan mudah untuk mengharung fasa awal sebegini tetapi ianya berjalan dengan baik. Rhea seperti bayi lain juga dijangkiti jaundis atau sering disebut sebagai penyakit kuning. Selain jaundis, Rhea juga diuji dengan alahan kepada protein susu lembu dan terpaksa menukar jenama susu lain.
Lain orang lain cabarannya dan semuanya itu telah berjaya Shila dan Rhea tempuhi. Kata Shila, Rhea kelihatan gembira hari ini. Menerusi posting ini juga, Shila turut mendodoikan Rhea dengan menyanyikan sebuah lagu dendangan asal Aerosmith berjudul I Don’t Want To Miss A Thing.

Lagu ini dinyanyikan dengan cukup bagus oleh Shila. Walaupun hanya sambil duduk, suara Shila tetap maintain sedap. Untung Rhea ada mama yang merupakan seorang penyanyi hebat. Hari-hari dapat mendengar suara mama menyanyi di depan mata.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia nyanyi sambil duduk dalam pantang pun sedap. Untung lah Rhea mama suara sedap.. ”
” If i sing this song to my babies, sure diorang suruh “momy diam. momy diam momy” . siap pakej tgn dorg tutup mulut mama.. ”
” Syukur Alhamdulillah.. Happy one month baby Rhea sayang.. semoga membesar dengan sihat solehah baby.. ”
” Sebulan dah dia.. sekejap je rase kan? mine esok masuk 4m.. haishh.. sekejapan mase berlalu.. ”
” Rase baru smalam ubai bgtau shila bersalin, Sebulan dah.. cpt btol mase berlalu happy one month rhea sayang. membesar dengan sihat yaa.. ”
” Happy one month, Rhea…. Moga mnjadi anak yg Solehah utk Mama & Papa…. Moga brjaya di dunia & di akhirat….. Aamiin. Ya Rabbal Alaamiin….. Luv and Huggsssss.. ”
” Happy one month dear Rhea. Rhea tido lena listening to mummy’s sweet nightingale’s voice.. untung Rhea ada mama suara sedap.. ”
Semakin lena Rhea tidur apabila didodoi dengan suara lunak merdu mamanya itu. Apa-apa pun, semoga Rhea AKira membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah. Mesti ramai yang tak sabar nak tengok abang Seth bermain dengan Akira apabila Akira sudah besar sedikit.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti23 hours ago Artis / Selebriti23 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
