Artis / Selebriti
” Rezeki Allah tak salah alamat, happy for you.. ” – Netizen
Uqasha Senrose Kongsi Berita Gembira Sedang Hamil Anak Sulung Buat Ramai Teruja. Wah, Tak Sangka Dalam Diam. Dah Besar Baby Bump, Tak Boleh Sorok Lagi. Patutlah Uqasha Makin Berseri-Seri !!
Menerusi akaun Instagram, Uqasha Senrose telah berkongsi satu berita gembira yang dirinya kini sedang berbadan dua dan perkongsiannya ini telah meraih perhatian ramai. Uqasha memanjatkan rasa syukur kerana sekian lama menantikan kehadiran cahaya mata.
Menurut Uqasha, bukanlah niatnya untuk merahsiakan kepada umum namun Uqasha pernah mengalami keguguran sebelum ini. Jadi untuk kali ini, Uqasha memastikan keadaannya yang betul-betul bersedia untuk dikhabarkan kepada semua.
Selain itu, perkongsian Uqasha di ruangan kapsyennya lagi turut membuatkan ramai berasa tersentuh hati apabila membacanya. Uqasha meluahkan yang dirinya begitu sedih bila orang cakap kenapa Family Senrose semua tidak ada zuriat. Tidak sangka sampai begitu sekali tohmahan yang diberikan kepada Uqasha kerana belum mendapat zuriat. Namun Uqasha telah edit kapsyen tersebut.

Perkongsian ini telah menerima lebih 47 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh tidak sampai 1 jam ia dimuatnaik. Pastinya ramai peminat tidak sabar menantikan kelahiran Uqasha dan Kamal junior ini. Agak-agaknya baby boy atau girl ye.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini dihuj4ni dengan ucapan tahniah buat Uqasha dan suami. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Alhamdullilahh..rezeki Allag tak salah alamat.. happy for you.. Congrats btw dalam “Jangan Lupa Janji” pun dah boleh nampak baby bump sha .. “
” Alhamdulillah… sedih plak baca , tak sangka akhirnya ….. TTCian saje yg paham situasi nie… semoga baby dan ibu sihat2 walafiat smp melahirkan shaaaa.. “
” Alhamdulillah. Tahniah qasha . I’m happy for you cuma baby bump Ni kalau boleh jangan tunjuk. Sebab haram. Semoga yang baik² buat qasha sekeluarga bersama kandungan. Aamiin.. “
” Alaaaa terharuuu… tahniah qashaaa jaga diri, jaga baby ya…. Semoga Allah permudahkan perjalanan pregnancy qasha uqashasenrose2 utk kali ni hingga lahirnya permata hati Aaaaminnnnn ya mujib.. “
” Congratulations sis peminat setia cita jangan lupa.. Masyaallah shaa Semoga sha dan baby sihat ok. Semoga dipermudahkan urusan bersalin , mommy to be cantik sangat .. “
” Alhamdulillah… tahniah Sha n Kamal… semoga Allah permudahkan semuanya… Moga baby membesar dgn sihat dan sempurna…. I’m sure you’re going to be a very good mother soon.. “
” Allhamdulillah masyaAllah cantik sgt mommy to be semoga sentiasa dlm rahmat Allah di permudahkan segala urusan hingga melahir kan aamiin .. “
Tahniah diucapkan kepada Uqasha Senrose dan juga Kamal Adli. Semoga dipermudahkan segala urusan sehingga ke saat melahirkan nanti. Buat Uqasha, semoga sentiasa dalam keadaan sihat selalu sepanjang menjalani tempoh mengandung. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Uqasha Senrose
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen


