Artis / Selebriti
” Retak hati ku, menangis-nangis dah ni. Sedihnya.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Shakilla Khoriri Berlinangan Air Mata Bercerita Tentang Perjalanan Kehidupannya Bergelar Ibu Tunggal Buat Ramai Tersentuh. Part Ameena Tanya Kenapa Ummi Minta Maaf Tu Terus Berjurai Air Mata. Kuatnya Seorang Ibu !!
Bukan mudah bergelar ibu tunggal, pelbagai t0hmahan dan kec4man perlu dihadapi, apatah lagi jika wanita itu seorang selebriti. Itu lah yang dihadapi oleh pelakon cantik, Shakilla Khoriri. Rumahtangganya bersama Fizi Ali terputus di tengah jalan, namun kedua-duanya masih berhubungan baik demi anak mereka, Ameena Sofia.
Menerusi akaun Instagram Shakilla Khoriri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual antara Shakilla untuk Pa Ma Gala 2023. Dengan air mata yang berlinangan, Shakilla meluahkan rasa hatinya yang membuatkan warganet turut sama merasai kesedihannya itu.
Semuanya untuk Ameena, itu yang dapat disimpulkan mengenai kehidupan Shakilla sekarang. Segalanya diusahakan agar anak perempuannya itu sentiasa gembira dan tidak merasai sebarang kekurangan. Walaupun kadang kala permintaan Ameena memerlukan kudrat dan duit, Shakilla berusaha sedaya upayanya.

Shakilla berkata, dia selalu meminta maaf daripada Ameena sehinggakan Ameena bertanya kenapa Ummi selalu memohon maaf. Rasa bersalah Shakilla kepada Ameena kerana tidak dapat memberikan Ameena keluarga seperti orang lain tetapi Shakilla tahu Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk mereka semua.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” YOU are like MY MOM. Sebijik. She ALWAYS apologises. For some reasons or for no reason. Sampai ada yg pertikai kenapa mak nak mintak maaf kat anak lol. Moms are human too. Kadang kadang maaf ni bukan sebab salah, tapi sebab sayang.. ”
” You are such a strong women, mother for ameena. InsyaAllah one day Allah will pay more then you know girl. Keep it up. Love u.. ”
” Kalau sy kt tmp awak x tau lah mcm mana nak handle huhu. semoga terus kuat utk membesarkan anak amanah Allah.. ”
” U x gagal tp Allah duga utk Allah bg kita kesedaran yg dlm dunia ni kita kene hargai org sekeliling. Mgkin waktu tu u lupa tp percaya lah u x gagal tp u berjaya go tru semua ni dgn hati terbuka. Tahniah.. ”
” Hug you tight dear. Its not easy. Yg from broken family sgt faham. As anak she will understand… she will become anak yang hebat sebab ada both mommy & daddy yang hebat dan sayang dia . U did good mommy.. ”
” Ameena beruntung dpt umi and daddy yg bertanggungjawab dalam setiap Hal… semoga ameena dah umi bahagia sentiasa.. ”
” Retak hati ku, menang1s-nang1s dah tgh malam buta ni. Allahuakbar sedih nya .. semoga segala yg paking baik utk amena, umi shakillakhoriri dan daddy ameena.. ”
” Ya Allah sedihNya.. I doakan u kuat,cekal dan tabah dlm menempuh hari ² u membesarkan Ameena. U wanita serta umi yg Hebat utk Ameena. Semoga Allah sentiasa lindungi u dan Ameena.. ”

Hanya Allah yang lebih tahu segala yang telah terjadi dan apa yang bakal dilalui oleh Shakilla dan Ameena pada masa akan datang. Namun Allah pasti janjikan kemanisan buat Shakilla, Ameena dan Fizi atas segala dugaan. Terus kuat dan ceria untuk Ameena tersayang okey.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shakilla Khoriri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti19 hours ago Artis / Selebriti19 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
