Artis / Selebriti
” Rendang hangus dalam parit, sumpah nak terkencing ketawa weh. Haha.. ” – Netizen
Shila Amzah Kongsi Video Anaknya, Seth Uwais Menyanyi Lagu Alamak Raya Lagi Buat Ramai Terhibur. Sampai Bergegar Handphone Shila Tahan Gelak Dengar Seth Menyanyi. Awal-Awal Tu Ingat Lagu English, Part ‘Awamak’ Tu Baru Tahu Lagu Defam, Haha !!
Umum mengetahui anak Shila Amzah pernah mengalami speech delay sebelum ini. Namun berkat usaha Shila dan suaminya, Ubai serta guru di sekolah, Seth kini sudah semakin petah bercakap dan gelagatnya menghiburkan semua yang melihat Seth.
Jika sebelum ini Shila kongsikan gelagat Seth menari riang, kali ini video Seth menyanyi pula dimuatnaik. Menerusi akaun Instagram Shila Amzah, telah dikongsikan telatah Seth menyanyikan lagu raya yang viral masa kini iaitu lagu Alamak Raya Lagi, lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Defam.
Permulaan nyanyian Seth itu, ramai yang menyangka Seth menyanyi lagu bahasa Inggeris kerana sebutan dan slang Seth. Hanya apabila sampai di part korus, baru lah semua dapat menangkap lagu apa sebenarnya yang dinyanyikan oleh Seth itu.

Shila yang merakam menahan ketawa sehingga bergegar-gegar handphonenya. Lirik yang dinyanyikan oleh Seth sangat mencuit hati. Boleh pula liriknya diubah ‘lemang hangus dalam parit’. Bukan serangkap lagu yang Seth nyanyi. Sampai part ending siap, Seth tiba-tiba rap, lagi berdekah lah Shila gelak.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Rendang hangus dalam parit, sumpah nak terkencing ketawa weh. Berbelit jugak lah aku nak memahamkan lagu apa lah seth ni nyanyi haha.. ”
” Intro dia mat1-mat1 ingat lagu english haha. good job at least dia ingat whole lirik.. 1 lagu hafal.. hebat laa mcm ni.. ”
” Sampai part chorus, baru boleh detect lagu apa haha. Ketupat hangus dalam paritt, Pandang kanan pandang kiri sampuw lagi shomel seth.. ”
” Kenapa somellll sangat ni seth haha.. tau2 tengok sampai habis je.. confident yg penting.. Mcm mana la Seth boleh nyanyi dgn tenang walaupun background mummy and papa tga ketawa.. ”
” Siap part Rap tu, terbaik la seth. Semput maknya gelak haha.. Aduh berair mata dah aku dengar seth nyanyi.. ”
” Part rap tu.. laju je dia nyanyi.. mcm yea² je kn haha. Kemain slang dia ya. Comel je seth nyanyi ikut tune, naik turun semua kena.. ”
” Slang nye tu yg mahal. Maknyer shahilaamzah gelak tu cover skit kang terberanak hahah kita kat sini dh terbahak bahak dh.. ”
Seth punya level confident tu memang boleh dipuji. Apabila dengar sahaja perkataan ‘ awamak’ baru warganet dapat tangkap lagu kumpulan Defam. Bagus Seth, cubaan yang baik dan tahniah pada papa Ubai kerana berjaya melatih Seth menyanyi lagu ini dengan jayanya, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shahila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen



