Artis / Selebriti
” Remake versi sopan, kalau macam ni lah nak marah pun auto cancel.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin mengarahkan ibu dan adik-adiknya untuk membuat video remake raih pujian warganet. Alahai comelnya semua, remake versi muslimah ni..
Fattah Amin telah pun mengeluarkan tudung di bawah jenama ibunya sendiri iaitu Tudung Ibu Azizah. Kali ini keluaran Ibu Azizah tampil dengan motif dan corak yang lebih menarik untuk digayakan untuk semua peringkat usia baik muda mahu pun tua.
Sebagai langkah promosi, Fattah sendiri mengarahkan video tudung Ibu Azizah. Dalam kesempatan itu, Fattah bersama ibu dan 3 orang adik perempuannya sempat merakamkan satu video trend. Video itu kelihatan menarik dan disukai oleh semua warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah menyuruh ibu dan adik-adiknya membuat video remake daripada aksi-aksi popular di Tiktok. Kata Fattah, mencabar untuk direct family sendiri berbanding orang luar.

Manakan tidak, hendak menjadi garang pun tidak boleh kerana ibu sentiasa backup anak-anak perempuannya. Melihat hasil remake yang dilakukan oleh Ibu dan adik-adik Fattah mampu mengukir senyuman pada semua. Comel sungguh semua, yang penting sporting mengikut sahaja arahan Abang Long mereka.
Jom tonton video di bawah :
@fattahamin Mencabar juga nak direct family sendiri rupanya. Dah cuba jadi garang tp tula Ibu backup sgt adik-adik Along ni. Tunggu malam ni nak buli dorg cukup cukup dlm live. Korang nak team saya ke team adik-adik saya malam ni? Jom join live kat tiktok saya malam ni 9PM. New design, harga promo, special appearance 👀
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 36 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Weyh dia ni bijak bina marketing erkk.. marketing dia tak try hard, just go naturally and smoothly.. bila sold out pun sopan.. “
” Adik yg berbaris blkg raihan Allah muka fatima sangat.. penatla stuck kat video ni lama sangat, scroll atas jumpa video ni, scroll bawah jumpa video.. “
” Marketing strategy yang wow.. good move abang long.. lain mcmana abg long punya energy skrg.. semoga dikurniakan rahmah Allah.. Semoga terus bersinar.. “
” Ktorg puji adik2 along omey ni jgn plk along claim see the Abg la ek. Maaf mlm ni team adik2 along la. Bkn selalu dpt tgk.. “
” Remake versi sopan.. Kita orang luar pun rasa sejuk mata memandang.. jauh betul tgginya alongnya dr ibu n adik²nya tu..semua cantik², manis dan sopan je. sejuk mate tgk.. “
” Cantik2nya adik-adik abg long,… mcam ummi,… kalau mcam ni lahh nk marah pn cancel lahhhh.. “
” Tudung labuh nampak ceria dan comel sangat ibu Azizah dengan anak2nya.. comelnya family abang long ni.. “
Seronok melihat gelagat ibu Azizah dan adik-adik Fattah ini. Remake paling menyenangkan dan membuatkan semua tersenyum melihatnya. Walaupun mencabar bekerja bersama adik beradik, tetapi hasilnya memang menarik dan sejuk mata memandang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

