Artis / Selebriti
” Relax je Fattah jawab kecaman dan softkan keadaan. Fatima dan nenda ok je.. ” – Komen Netizen
Fattah Amin kongsi video anaknya, Nur Fatima Aisya sedang video call bersama nendanya, Azizah. Tenang je Fattah membalas segala cemuhan isu Fatima dan Nenda. Fatima happy, siap plan bercuti bersama Nenda ke Disneyland lagi tu..
Baru-baru ini tular video perbualan antara Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya yang mengadu nendanya iaitu ibu Fattah ( ibu Azizah ) mengatakan Fatima tidak comel dan tidak pandai. Lebih membuatkan keadaan panas apabila Fazura menangis tanpa sengaja ketika seseorang bertanyakan mengenai keadaan Fatima sewaktu live.
Pelbagai reaksi dan kata-kata yang dilemparkan oleh warganet terhadap keluarga Fattah dan tidak kurang juga yang mengutuk Fazura. Menerusi perkongsian terbaru Fattah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video terbaru Fatima bersama Fattah.
Dengan kapsyen berbunyi ‘ Dah jangan gaduh-gaduh ye. Fatima ok je ni dengan Nenda semua tengah bincang nak pergi Disneyland ‘, ianya meraih perhatian ramai. Cara Fattah menenangkan keadaan dipuji oleh warganet. Tidak perlu membalas dengan amarah kerana Fattah tidah mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Menerusi video ini, Fatima seronok bercerita bersama nendanya melalui video call dan mereka merancang untuk ke Disneyland bersama. Fatima juga berkongsi kisah dia ke sana sebelum ini bersama Fazura. Apa yang perlu mereka bawa, bagaimana cuaca di sana, semuanya diceritakan oleh Fatima dengan cukup petah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Comelnya Nyamma bercerita.. sy x side mana2 sbb dua2 pun sy support. apa2 pun jgn putuskan hubungan silaturahim antara kedua keluarga demi anak. smg Fatima membesar dgn kasih sayang daddy mummy & semua org dlm hidup dia. kami semua pun sayang fatima.. “
” Bagus fattah ni. sbb tak menjawab pun apa2 isu. biar org lain cerita macam2 pun dia tetap x cerita. sbb tu berdiam lg bagus. betul ke salah ke kalau kita jawab pun belum tentu org akan terima. sbb manusia hanya akan mendengar apa yg dia nk dgr je & percaya apa yg dia nak percaya.. “
” Bila dia tahu diceraikan melalui media sosial, dia tenang kawan2 dia sambut birthday dia kat set. Bila anak dia kata tak sayang dia, dia tenang jawab dgn pos happy2 dgn Fatimah. Bila viral fatimah kata mak FA tak sayang dia, tenang dia kongsi video fatimah sembang dgn nenda. Kelembutan dan ketenangan tu mmg anugerah Allah. Semoga fatimah jadi anak yg sayang dan hargai kedua ibu bapa.. “
” Alhamdulillah.. semoga semuanya dipermudahkan.. kita berprasangka baik.. InsyAllah akan dpt yg baik2.. Allah ttp ada utk org2 yg sabar.. RamaiYangSayang.. fatima dan nenda ok je, yang lebih-lebih tu saje nk jadi batu api.. “
” Amboi fatima.. comel bethol tangan tu (part castle malam) memang copy style mummy cakap.. semoga jadi anak solehah untuk mummy daddy.. “
” Relax je fattah jwp kecaman. Tak pernah rugi org yg diam dan sabar.. dorang ok je.. fans toksid je yang lebih lebih.. “
” Omelnya dia.. Alhamdulillah.. Moga baik2 coparenting dua2.. InshaAllah awal2 ni mst ada susah mst ada ujian. Tp 1 hari nnti keadaan akan jd lebih baik. Peecaya ke pd Allah, doa baik2, ckp baik2.. “
” Bang long bijak softkn keadaan,. Ni la Fattah, no drama.. tak perlu memburukkan orang lain. tenang semua nurtizen, kite kene happy utk semua.. janji Fatima happy.. “
Fatima dan nendanya baik-baik sahaja dan tidak perlu lah membuat spekulasi yang membuatkan benda remeh menjadi panjang. Fattah dan Fazura tahu apa yang terbaik untuk Fatima. Sama-sama kita mendoakan Fatima selalu happy dan bahagia walau dengan siapa pun Fatima berdampingan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin, IG Fatima Aisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


