Artis / Selebriti
” Rehearsal pun dah mendayu-dayu, sampai ulang-ulang saya dengar ni.. ” – Komen Netizen
Video rehearsal soundcheck Liza Aziz untuk persembahan di Konsert Semi Final Gegar Vaganza raih pujian ramai. Alahai sedapnya suara Liza menyanyi lagu Judika, merdu sungguh..
Program hiburan Gegar Vaganza 11 semakin hampir ke penghujungnya. Malam ini bakal berlangsungnya konsert semi final. Seramai 7 orang peserta berjaya melangkah ke peringkat tersebut iaitu Liza Aziz, Sheila Abdull, Zehra Zamri, Ning Baizura, Dadali Dyrga, Ronnie Hussein dan The Lima.
Liza Aziz antara peserta kesukaan ramai peminat Gegar Vaganza pada musim ini. Untuk tugasan bagi minggu separuh akhir ini, Liza bakal membawakan lagu Malaysia Baru nyanyian asal Aziz Jaafar dan Bukan Dia Tapi Aku lagu hits penyanyi negara jiran Indonesia, Judika.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Liza Aziz Official Account, telah dikongsikan sedikit sedutan video yang memaparkan rehearsal soundcheck Liza Aziz menyanyikan lagu Bukan Dia Tapi Aku. Lontaran suara Liza tidak perlu dipertikaikan lagi dan Liza juga hebat membawakan lagu bernada rendah.

Begitu lunak merdu serta sedap didengar dan ramai yang menyukai cara Liza mendendangkan lagu tersebut. Baru soundcheck sudah sesedap ini, pastinya ketika konsert sebenar nanti lagi gempak persembahan Liza. Ramai yang sudah tidak sabar untuk mendengar versi penuh lagu ini oleh Liza.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@liza_aziz_official_accou Sound check semi final GEGAR VAGANZA2024 GV11 Lizaaziz saksikan Concert GV11 Separuh Akhir 9ml ahad di Astro Ria,Astro Go & sooka 🫰❤️🌹 @liza.aziz.fc.official @ARMA COUTURE @Zulfazli
♬ original sound – LIZA AZIZ OFFICIAL GV11 – LIZA AZIZ OFFICIAL GV11
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Malam tadi kami sempat tengok full dress rehearsal. kak Liza, kurang sihat, macam batuk, tapi suara tetap power. Semoga malam ni dapat buat persembahan terbaik dan dapat kembali no 1.. “
” Liza Azz juara gv11, aamin ya mujiib.. mantap vokal dan persembahan yang memukau pasti tiada tandingannya Liza Aziz. We love you Liza Aziz and you deserve to be a winner at the final gv11.. “
” U are the best. Fokus pd persembahan sikit pasti meletop mlm ni. Juri pon dah tahu kehebatan vokal dia.. “
” Confirmed lah Liza juara GV11…. the legends kot…. we support you.. semoga Kak Liza menjadi juara mingguan mlm ni dan seterusnya juara Gegar Vaganza 11.. “
” Rehearsal pun da mendayu2 smpai ulang2 saya dgr ni, apa2 pon sya doakan smoga persembahan kak Liza utk mlm ni diprmudahkan, semoga kesihatan kak Liza bertambah baik dan mndapt tmpt prtama insyallah Amin.. “
” Hope Liza Aziz can perform her very best for the semi final & proceed to Final. We pray the best to this golden & wonderful lady in final.. “
” Tinggi oo key ni.. suara kak liza ni memang tinggi sangat.. rehearsal pun dah cukup bagus.. sediakan tisu ye gaiss mlm nii.. Steady Kak Liza.. “
Ada yang mengatakan Liza kurang sihat dan mengalami batuk. Semoga kesihatan Liza semakin baik dan tidak mengganggu persembahannya nanti. Good luck Liza Aziz untuk konsert semi final. Semoga beroleh kejayaan dan seterusnya berjaya ke peringkat final.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Liza Aziz Official Accou
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

