Artis / Selebriti
” Rayyan, fotostat sungguh muka ayah dia.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Rita Rudaini Muatnaik Gambar Anak-Anaknya, Airit Rayyan Rizqin Dan Airit Rafqa Arjuna Sedang Makan Raih Perhatian Peminat. Alahai Rayyan, C0py Paste Muka Daddy Sangat, Makanan Kesukaan Pun Sama !!
Umum mengetahui bahawa pelakon terkenal Rita Rudaini merupakan seorang ibu tunggal yang menjaga dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna sejak bercera1 dengan bekas suami iaitu pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Meninjau ke laman Instagram milik Rita, telah dikongsikan gambar anak Rayyan dan Arjuna yang sedang menikmati paha ayam sambil menonton di tab masing-masing. Kelihatan kedua-dua begitu selera menikmati makanan yang dihidangkan.
Menerusi kapsyen ditulis Rita pada posting tersebut, Rita mengatakan anak-anaknya merupakan kebahagiaan dirinya. Rita yang membesarkan mereka berdua sangat menyayangi anak-anaknya. Selain itu, Rita juga berusaha mendidik Rayyan dan Arjuna menjadi insan yang berguna dan berakhlak.

Menariknya wajah Rayyan raih perhatian ramai. Pengikut Rita mengatakan bahawa wajah Rayyan saling tidak tump4h seperti Aidil apatah lagi mereka mempunyai kegemaran yang sama iaitu suka makan ayam. Berbeza dengan adiknya yang sangat mirip dengan wajah Rita.
Ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut memuji ketampanan kedua-dua anak Rita. Selain itu juga, mereka memuji kecantikan rumah Rita dan kesedapan makanan yang dihidangkan. Antara komen-komen yang dit1nggalkan:
” Eh.. Rindu lah.. Aidil buat apa kat situ ?.. Abang looks so matured for his age.. Adik pulak.. Adik being adik.. ”
” Macm dady dia.. suka makn ayam.. Wah.. Sedapnya.. Anak sulung kuat muka pak dia.. Dari tepi nampak Matang dah.. Hensem pulak.. “
” Sedapnya.. Segaknya ank2 ampa.. Segaknya umah ampa.. 1st pic muka sis, 2nd muka pak dia, pakej kan sis.. “
” Mcm muka pak dia had abg tu kak.. Dari tepi.. Aidil buat apa tu.. Kuat muka pak dia.. Rayyan.. fotostat sungguh muka ayah dia.. ”
Malah Rita juga turut membalas komen salah seorang peminatnya dengan mengatakan anaknya suka makan ayam seperti Aidil :

Pepatah melayu ada mengatakan ‘ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’. Pastinya raut wajah dan perangai ibu bapa sedikit sebanyak pasti akan turun kepada anaknya. Begitu juga raut wajah Rayyan dan Arjuna boleh dikatakan menyamai dengan ketampanan dan kecantikan ibu bapa mereka.

Semakin membesar Rayyan dan Arjuna semakin tampan kedua-dua anak lelaki Rita ini. Semoga Rayyan dan Arjuna membesar dengan sihat, baik akhlak dan budi pekertinya, selain menjadi anak yang soleh sebagai penyejuk mata dan penawar hati buat ibunya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti17 hours ago Artis / Selebriti17 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
