Artis / Selebriti
” Rasanya untuk pulih sampai bila-bila pun mungkin tidak.. ” – Mimi Lana
Video Jawapan Mimi Lana Apabila Disoal Tentang Emosinya Selepas Pembatalan Pernikahannya Dengan Syafiq Kyle Buat Ramai Tersentuh. Bertabah Lah Mimi, Tiap Apa Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah !!
Umum mengetahui, hubungan antara pelakon serasi, Syafiq Kyle dan Mimi Lana sudah pun berakhir. Hampir mendirikan rumahtangga, namun perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin terbatal hanya beberapa minggu sebelum majlis akad nikah dilangsungkan.
Namun kedua-duanya tidak memberi sebarang kenyataan pada waktu itu mengenai status mereka sama ada putus atau hanya menangguhkan dahulu. Meninjau akaun Instagram Hibglam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan Mimi Lana bersama pihak wartawan.

Klik gambar untuk info..
Mimi diajukan soalan tentang bagaimana dia memulihkan dirinya daripada rasa sedih kerana hubungannya yang tidak kesampaian itu. Kata Mimi, untuk pulih sampai bila-bila pun mungkin tidak tetapi dia boleh memaafkan tetapi tidak melupakan.

9 tahun hubungan mereka terjalin, masing-masing sudah sangat memahami antara satu sama lain. Kata Mimi, baik dia atau pun Syafiq, mereka berdua sudah matang dalam menangani hal itu. Segalanya sudah pun diselesaikan secara baik setelah perbincangan diadakan antara mereka.
Jom tonton video di bawah :
Tiada guna untuk bergaduh dan saling menuding jari kata Mimi. Apatah lagi, sekarang dan akan datang banyak lagi projek Mimi bersama Syafiq. Industri sangat kecil, lari ke mana pun tetap akan berjumpa juga. Yang terbaik, berdamai dengan takdir dan terus berkawan.

Mimi juga sekarang sudah semakin pulih dan ceria seperti dahulu. Menjalani kehidupan dengan tenang, Mimi terus melangkah ke hadapan demi karier seninya. Semoga Mimi akan bertemu orang yang terbaik untuk hidupnya dan mendapat bahagia yang didambakan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hibglam, IG Mimi Lana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen


