Artis / Selebriti
” Random betul ko yer Matin, tiba nyanyi. Tadi explain kemain serius, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Shuib Sepahtu, Ariq Matin Berkongsi Cerita Ketika Memancing Buat Ramai Terhibur. Adoi Bukan Main Semangat Cerita Awal-Awal Tu, Last Last Lain Pula Jadinya, Kelakar Betul Lah Matin Ni, Haha !!
Jika meninjau di akaun Instagram pelawak Shuib Sepahtu pasti mengetahui sekarang Shuib dan keluarga sedang bercuti. Selain Shuib, isterinya, Watie Hanifiah turut berkongsi gambar dan video aktiviti mereka ketika bercuti. Percutian Shuib sekeluarga pada kali ini adalah di Semporna, Sabah.
Meninjau di sebuah akaun TikTok telah berkongsi satu video yang memaparkan gelagat anak ketiga Shuib iaitu Ariq Matin. Menerusi video itu, Matin berkongsi cerita kisahnya ketika sedang memancing. Matin berkata pada awalnya dia mahu mendapatkan seekor sotong, namun apa yang dia dapat adalah seekor ikan kerapu kecil.
Matin menceritakan pengalamannya itu dengan begitu bersemangat sehinggakan Matin menunjuk keadaan rod joran yang dikatakan telah ‘ tersandai ‘ . Namun tidak disangka ketika Shuib bertanya mengenai ikan itu lagi, secara spontan Matin menyanyi.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ada yang berseloroh ‘tert1pu’ dengan cerita Matin kerana pada awalnya Matin bersungguh-sungguh bercerita tetapi akhirnya Matin menyanyi dan tidak menghabiskan ceritanya. Sehingga kini, video Matin tersebut telah ditonton lebih 500 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@shuibjofd76 #watiehanifiah #shuibsepahtu #shuibwatie #fypシ #foryou #fypシ゚viral #tiktokmalaysia
Di ruangan komen, rata-ratanya rasa terhibur melihat gelagat Matin ketika bercerita. Antara komen-komen menarik adalah :
” Random betul ko yer Matin, tiba nyanyi tadi explain kemain serius, hahaha.. Aku ger4m betul dengan perangai kelakar Matin ni, hahahaha.. “
” Aduhh rasa macam kena scam je dengar Matin cerita.. Punya lah dengar, last2 boleh pula dia menyanyi, haahhahaha.. Sabar jelah.. “
” Mmg perangai Shuib betul awak ni.. Hahahahahahahaah.. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.. Hehehe.. Boleh jadi pelawak nanti.. “
” Hahahahahahaha dia boleh bedal menyanyi.. Matin2, memang tak pernah tak lawak lah budak sorang ni.. Si Daddy tu punya lah merekod nk dengar cerita awak.. “
” Boleh pulak engkau kekodang dia Matin, hahahaha.. Enjoy betul tgk perangai anak Shuib yang sorang ni.. Mesti meriah rumah kan dengan perangai dia.. “
” Lawak lah Matin, tapi tengok Matin sekarang handsome betul. ehehe.. Manis je kalau tenung muka dia.. Dah besar pun Matin sekarang.. “
” Dia nk bgtau ikan tu kecik je tarik pancing bleh putus pulak.. Tetiba nyanyi.. Entah sotong yang awal tu pergi mana pun entah lah, hahaha.. “
Matin ni sememangnya kelakar orangnya, kalau bercerita tak pernah tak buat kelakar, sebijik macam Shuib. Apa-apa pun semoga Matin terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat daddy, mummy dan arwah ibu, insyaAllah.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok @shuibjofd76, IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

