Artis / Selebriti
” Ramai yang tertanya-tanya about the recent pictures and viral news.. ” – Nora Danish
Viral gambar kad jemputan perkahwinan, Nora Danish akhirnya tampil menjelaskan hal yang sebenar mengenai isu yang dikatakan bakal bernikah dengan Mickey Ayo pada 8 September. Ini penjelasan Nora sendiri..
Tular beberapa hari yang lalu apabila pelakon cantik manis, Nora Danish berkongsikan gambar seorang lelaki berkopiah putih. Lelaki itu dikatakan seorang duda anak 2. Lebih hangat apabila viral lelaki tersebut memakai persalinan pengantin berwarna putih lengkap bersampin dengan kapsyen yang menambahkan lagi teka-teki.
Sana sini, warganet bercerita mengenai hubungan Nora dan lelaki berkopiah putih yang dikenali sebagai Mickey Ayo. Sesuatu yang membuatkan warganet merasakan Nora dan Mickey Ayo akan bernikah kerana kad undangan perkahwinan yang tertera huruf initial M dan N serta tarikh 8 September 2025.
Nora yang menyedari isu ini sedang hangat diperkatakan telah pun memuatnaik satu kapsyen di Instastory miliknya beberapa jam yang lalu. Di sini Nora memperjelaskan berita pernikahan yang tular itu agar ianya tidak terus menjadi tanda tanya orang ramai.

Nora berharap agar penjelasan yang diberikannya itu dapat memuaskan hati semua pihak dan tidak ada yang akan menyalahkannya. Sememangnya warganet memberikan tumpuan kerana Nora tidak pernah tercalit dengan apa-apa kontroversi dan gosip cinta selepas berpisah dengan Nadeem.
Jom baca perkongsian di bawah :

Ramai yang dapat menarik nafas lega setelah membaca perjelasan oleh Nora ini. Ianya hanyalah sekadar satu marketing daripada pihak syarikat dan tidak ada kaitan dengannya secara peribadi. Nora menghargai segala perhatian dan doa yang diberikan oleh peminat.

Sekarang semuanya sudah jelas dan moga tidak lagi ada yang mempersoalkan mengenai video tersebut. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan agar Nora ditemukan dengan jodoh yang baik dan soleh serta dapat memberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nora Danish, Tiktok Samping Exclusive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

