Artis / Selebriti
” Rakan sepermainan jadi suami isteri yang sah dah.. ” – IG Inaijari01
Gambar Pengiran Muda Mateen Dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam Bersama Ketika Kecil. Alahai Comelnya Pengantin Diraja Ni, Rakan Sepermainan Rupanya. Mesti Tak Sangka Kan Dah Besar Jadi Pasangan Hidup !!
Perkahwinan Diraja Brunei iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah menjadi perhatian umum. Pada hari Khamis lalu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah sah bergelar suami kepada pasangan pilihan hatinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam. Majlis akad nikah pasangan ini diadakan penuh adat istiada di masjid berkubah emas di ibu kota Bandar Seri Begawan, Brunei.
Untuk rekod, Pengiran Muda Mateen adalaah putera ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah, raja paling lama memerintah dan pernah menjadi orang terkaya di dunia. Sementara itu, difahamkan pengantin perempuan pula merupakan cucu kepada salah seorang penasihat utama Sultan Brunei.
Menerut sumber Kosmo Digital, semalam, Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei turut dimeriahkan dengan kehadiran pemimpin besar dari seluruh dunia. Menerusi siaran langsung di Radio Televisyen Brunei, majlis yang diadakan di Istana Nurul Iman dihadiri lebih 5,000 tetamu.

Meninjau di akaun Instagram milik Inaijari01 telah dikongsikan gambar yang memaparkan Pengiran Muda Mateen Dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam bersama ketika kecil. Kelihatan pasangan ini sedang duduk bersebelah serta Dayang Anisha Rosnah sedang menghisap botol susu.
Ikuti perkongsian gambar di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Manakala kapsyen pada posting pula mengatakan yang pasangan Diraja ini teman sepermainan ketika kecil dan apabila dewasa mereka bergelar pasangan suami isteri. Sehingga kini gambar itu menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Bagaikan pinang dibelah dua, sama cantik dan sama padan pasangan Diraja ini. Gambar dan video yang dikongsikan ketika majlis perkahwinan Pengiran Muda Mateen Dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam meraih perhatian ramai, bukan sahaja di kalangan rakyat Brunei tetapi juga rakyat di negara jiran dan seluruh dunia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG inaijari01, Kosmo Digital
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen



