Artis / Selebriti
” Power lah dua beradik ni, betul-betul talented.. ” – Komen Netizen
Video Thalita menyanyi lagu arwah ibunya, Tinggalkan Diriku sambil diiringi petikan piano daripada abangnya, Uwais raih pujian ramai. Sayu betul mendengar alunan piano Uwais, suara Thalita pula semakin mantap. Nyanyian yang menyentuh hati..
Umum mengetahui anak kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu iaitu Thalita, memiliki bakat besar dalam bidang nyanyian. Bakat Thalita turut dibuktikan apabila Thalita menyertai pertandingan nyanyian Talk To My Manager dan berjaya meraih tempat kedua.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Shuib, sebuah video telah dikongsikan yang memaparkan Thalita sedang menyanyi sambil ditemani oleh abangnya, Uwais. Menerusi rakaman tersebut, kelihatan Uwais mengiringi adiknya dengan bermain piano.
Lebih menyentuh hati, Thalita menyanyikan lagu arwah ibunya, Tinggalkan Diriku dengan penuh penghayatan. Alunan suara lembutnya digabungkan dengan bunyian petikan piano oleh Uwais menjadikan suasana video itu sangat menyentuh perasaan.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai warganet. Rata-rata memuji suara Thalita yang semakin merdu dan mengagumi kehandalan Uwais yang bermain piano dengan penuh ketenangan serta dengan kawalan yang baik. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Power lah dua beradik ni, betul-betul talented.. Hebat ank2 ibu,shuib n mummy ni.. Tumpang bangga tengok.. “
” Power siot 2 beradik ni.. Suara Thalita makin sedap lah.. Terror Uwais… Main piano boleh.. Main gitar boleh… So talented and Thalitha, u r the voice.. “
” Uwais talent golf dgn alat muzik,Thalita dgn nyanyian, Matin dgn lawak dan bisnes, Ayash nyanyian.. Semua bakat2 yg menyerlah mengikut talent masing2.. “
” Anugerah Allah buat Sbuib dan Arwah Sarah, anak2 di lahir kan dgn bakat yg tersendiri.. So happy tengok dua beradik ni bergabung.. “
” Mewarisi bakatArwah Ibunya.. Daddy Mami,Atok Makder… Semua blh digilap dgn lbh baik.. Semoga terus cemerlang dan berjaya membina nama2 yg tersendiri.. “
“Setiap kali nyanyi lagu ni sy akn nangis.. Tinggalkan diriku.. Al Fatihah buat arwah Siti Sarah.. Dia tinggalkan anak2 semuanya sangat berbakat.. “
” Woww, super lah.. Ni kalau gabung sama2 buat konsert memang hebat lah.. Uwais ni serba serbi boleh kan, menyanyi pandai, main piano pun boleh.. “
Video ini bukan sahaja menonjolkan bakat adik-beradik tersebut, tetapi juga menggambarkan hubungan kasih sayang yang erat antara mereka. Ramai yang berharap agar bakat Thalita dan Uwais terus berkembang, sekali gus mengharumkan nama keluarga Shuib dan arwah Siti Sarah dalam dunia seni tanah air.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

