Artis / Selebriti
” Power betul, lunak merdunya perfect. Berdiri bulu roma dengar suara mak Salmah ni.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video throwback ibu Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Mak Salmah menyanyi lagu 3 malam buat warganet teruja. Fuh merdu sungguh suara Mak Salmah. Patut lah suara Tokti sedap. Ikut tone suara Mak Salmah rupanya..
Biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menjadi kebanggaan keluarganya atas pencapaian yang dikecapi hari ini. Bakat yang dikurniakan oleh Allah kepada DS Siti ini diwarisi daripada arwah ayahnya, Tarudin dan Siti Salmah. Sememangnya keluarga arwah Tarudin dikenali sebagai keluarga bersuara merdu.
Meninjau entry di akaun Tiktok Anak no 7, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Mak Salmah menyanyi bersama DS Siti dan ibu saudara DS Siti di atas pentas. Memilih lagu evergreen berjudul 3 malam, paduan suara antara ketiga-tiga insan ini meraih sorakan daripada penonton.
Saat Mak Salmah membuka mulut sahaja, semua bertepuk tangan. Seperti DS Siti, suara Mak Salmah juga ada keunikannya tersendiri. Lunak merdunya secukup rasa membuatkan lagu itu sedap didengar. Suara ibu saudara DS Siti juga tidak kurang hebatnya.

Mak Salmah kelihatan malu-malu menyanyi tetapi tetap juga cuba untuk memenuhi permintaan untuk menghiburkan semua tetamu yang hadir. Persembahan yang cukup hebat dan bertenaga daripada DS Siti, Mak Salmah dan ibu saudara.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@anak_no_7 Kredit to : Ctea Fairuz Collections #datosrisitinurhaliza #maksalmah #tigamalam #ibusaudara
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mak Salmah macam Orchid Abdullah pulak aku tengok. penawar rindu satu lah.. semua suara seakan-akan, bakat semulajadi keluarga ni.. “
” Tak tau nak cakap apa 1000/100.. suara power betul, sedap gila dengar. lunak merdunya perfect.. Ni baru boleh dikatakan family seni semua boleh nyanyi, suara emas.. “
” Masalahnya mak Salmah nyanyi sambil malu2 tp mau dgn penuh penghayatan tu. comel Jer tgk tiap Kali lepas nyanyi dia tersipu2 senyum sambil tutup mulut.. “
” Gila lah ahhh mak siti dengan mak sedara.. patut la anaknya sedap suaranya.. Mak salmah sangat la humble. Anak dia biduanita kot. Dia sikit pon xde nk mendiva. Always down to earth. Like mother like doter.. “
” Berdiri bulu roma dengar suara mak Salmah ni.. tokti ikut tone suara mak salmah.. berlemak merdu.. aihh terbuai buaiiii.. “
” Power betul suara mak salmah dan mak saudara siti, merdu sekali.. keluarga seni suara semua sedap-sedap.. “
” Inilah asal usul suara siti yg merdu serta lengok yg x de pada penyanyi lain yg diperoleh DCT dari keturunannya.. “
Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tidak hanya DS Siti, ibu dan ayahnya serta adik beradiknya semua mempunyai suara yang sedap. Bahkan ibu saudara DS Siti pun sama. Semoga selepas ini dapat mendengar lagi Mak Salmah menyanyi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Anak No 7
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti19 hours ago Artis / Selebriti19 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
