Artis / Selebriti
” Pinggan dia dah kosong, mommy dia punya dia kebas. Kuasa Kak Yong betul, haha.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Talita Love Garret menyakat ibunya, Raja Ilya ketika sedang makan buat ramai terhibur. Amboi cepat betul tangan Kak Yong ambil makanan mommy. Tak sempat lagi mommy nak makan, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Raja Ilya, telah dikongsikan video terbaru yang memaparkan gelagat anak sulungnya, Talita Love Garret. Menerusi video pertama, dapat dilihat Talita memakai kostum super hero dan tulis Ilya, Talita mahu menjadi super hero.
Kelihatan pada video tersebut, Talita berlari ke sana ke sini di dalam rumahnya seolah-olah dirinya mahu terbang. Manakala video kedua pula memaparkan Talita menyakat Ilya yang sedang makan. Pada awalnya, Ilya mahu menyuap roti ke dalam mulutnya. Namun secara tiba-tiba Talita pantas mengambil roti di tangan Ilya.
Bukan sekali, malah dua kali Talita melakukan hal tersebut dan gelagat Talita yang sedang makan roti Ilya mencuit hati warganet. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai terhibur dengan gelagat Talita sekarang yang sudah pandai menyakat ibunya.

Selain itu, seloroh Ilya di ruangan kapsyen dengan menulis ‘welcome to my world’ dan mengatakan yang sekarang Ilya tidak lagi boleh makan dengan tenang gara-gara gelagat Talita yang suka mengacaunya itu. Sehingga kini, video Talita menyakat Ilya telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton gelagat comel Talita menerusi video tersebut. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Pinggan dia dah kosong, mommy dia punya dia kebas. Kuasa Kak Yong betul, haha.. Comel betul lah perangai Talita sekarang.. “
” Haha. Kalau saya, bila anak2 tanya mkn apa nk mintak, saya ckp ‘pedas’.. Then selamat la makanan ibu, hahahaaha.. “
” Hahahha comel betul lah Talita.. Gini lah saya masa anak2 kecik dulu, memori yang tk akan dapat balik, memori indah seorang ibu.. “
” Hahahahahaha….. She so cute… And yes.. Welcome to the World of bile anak2 nak apa yang kita makan.. Hahahahaha.. “
” Along no kannn dah lo somel.. Mmg mak2 tak akan tenang nak mkn ada je nak cekup..Muka notty bila dia senyum mcm tu, hahaha.. “
” Kena rampas macm tu je ngan Talita.. That’s my food, hahaha pasrah betul muka mommy, dua kali Talita rampas makanan daripada tangan, haha.. “
” Dia pulak yang nyakat mommy ya.. Oh My Kak Long.. Concept sharing is loving kan Kak Long, hehe.. Hahahahha, so cute lah.. “
Alahai nampak cheeky betul muka Talita apabila dapat makan roti mommy. Sejak-sejak ada adik ni, makin kelakar Talita. Patut lah ramai tak kering gusi ketawa menonton gelagat Talita. Apa-apa pun, semoga Talita terus membesar menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rajailya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

