Artis / Selebriti
” Persembahan yang ditunggu-tunggu, sedap betul lah dengar Amir nyanyi.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Amir Sisi Menyanyi Lagu Suasana Hari Raya Depan Ramai Orang Raih Pujian Ramai. Wah Padu Lah Suara Amir Menyanyi Lagu Raya. Amir Dah Tak Segan Dan Malu-Malu Macam Sebelum Ini !!
Pada tahun lalu, Adik Amir Sisi yang merupakan Orang Asli suku kaum Temiar telah dinobatkan sebagai juara bagi program The Chosen One musim pertama. Amir membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000, sebuah trofi beserta sebuah lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.
Selepas memperolehi kejayaan tersebut, Amir menjadi perhatian umum dan banyak mendapat jemputan untuk membuat persembahan. Suara Amir yang dikatakan sangat unik ketika menyanyi sering mendapat pujian para pendengar.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Rocketfuel Entertainment telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan Amir membuat persembahan di Majlis Sambutan Hari Raya bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi video-video tersebut, Amir menyanyikan lagu raya, ‘Suasana Hari Raya’ , lagu single barunya bertajuk ‘ Ayah Ibu’ dan lagu yang mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai iaitu ‘ Tiara’ . Video-video nyanyian Amir ini telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
Pelbagai respon diberikan warganet diruangan komen dan rata-rata mereka menyukai video persembahan Amir. Antara komen-komen menarik adalah :
” Persembahan yang ditunggu-tunggu, sedap betul lah dengar Amir nyanyi.. Terbaik Amir.. Teruskan usaha semoga beroleh kejayaan.. “
” Alhamdulillah Terbaik Adik Amir.. Suara merdu.. Insyaallah Adik Amir akan terus berjaya di masa hadapan.. Selamat Hari Raya MZDB Adik Amir.. “
” Adik Amir ni aura di lain macam.. Setiap kali dengar lagu Adik Amir mesti menitik air mata… Sedap didengar dan sayu lagunya.. “
” 15 ribu org… Kalau sy mau menggigil.. Terbaik Unuk.. Hebat unuk dpt nyanyi di crowd yg ramai.. Terus terbg tinggi Unuk.. “
” Sedapnya suara.. Semoga Unuk terbang tinggi dan membanggakan mak ayah dan adik beradik Unuk.. Inshaallah aamiin.. “
” Alhamdulillah.. terbaik Amir.. Teruskan melangkah.. Live dan rakaman tiada beza.. Sedap sangat suara adik Unuk ni.. “
” Tahniah Unuk semuga terus berjaya.. Semoga Unuk menjadi anak yg soleh ya.. Syabas dan tahniah Adik Amir.. Terbaik.. “
Patut lah ramai yang menyukai dan memuji suara Amir, memang merdu suara Amir. Nampak gaya Amir sudah tidak kekok dan tidak segan membuat persembahan di khalayak ramai. Semoga Amir terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya serta menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG rocketfuelent
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti17 hours ago Artis / Selebriti17 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
