Artis / Selebriti
” Pergh naik bulu roma dengar suara mama Meerqeen, best sangat.. ” – Netizen
Video Meerqeen Berduet Dengan Mamanya, Suraidah Yacob Raih Pujian Warganet. Wah Merdu Suara Mama Meerqeen Ni. Sekali Dengar Macam Serupa Suara Safura. Lunak Merdu !!
Umum mengetahui pelakon lelaki yang meningkat naik kini iaitu Muhammad Syameer Meerqeen atau popular dengan nama Meerqeen adalah anak saudara kepada penyanyi popular era 90-an, Safura Yacob.
Menerusi akaun Instagram Berita Kopak, telah diulangsiar satu video dari akaun Tikt0k Suraidahyacob78 yang memaparkan aksi Meerqeen bersama mamanya ini di sebuah restoran. Jika selalunya peminat hanya melihat bakat Meerqeen berlakon, kali ini Meerqeen menyanyi pula.
Berduet dengan mamanya ini membawakan lagu dendangan asal Dato’ M Nasir dan Yunizar Hussein berjudul Dua Insan, nyanyian anak dan mak ini meraih perhatian ramai. Wah boleh tahan suara mama Meerqeen ini.

Sekali dengar hampir sama dengan suara Safura. Adik beradik tentu sedikit sebanyak ada persamaannya. Sedap tone suara mama Meerqeen ini dan boleh tarik part tinggi lagi. Meerqeen pun tak kurang hebatnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada warganet. Antara pujian yang diberikan oleh warganet setelah menonton nyanyian duet Meerqeen dan mamanya ini :
” Mak dia adik beradik dengan penyanyi Safura kan. Memang sedaplah suara weii.. Muka pun iras dengan Safura.. “
” Sedap suara Meerqeen, suara mamanya pun power. Ada macam suara Safura, Safura kan sibling mama dia.. “
” Suara mama sedap, powerlah tarik macam tu je. Suara mama dia macam Safura bila dengar.. “
” Pergh naik bulu roma dengar suara mama Meerqeen, best sangat. Let0pan betul suara merdu, cantik pulak tu.. “
” Meremang bulu roma saya dengar aunty menyanyi, merdu ala-ala Safura jugak suaranya. Muka pun seiras Safura.. “
” Next Famili Duo, kak Safura Yacob dan mama Meerqeen.. Sedap sangat suara mama Meerqeen ni, duet terbaiklah.. “
” Patutlah rupa dan suara macam Safura, the best lah suara serak basah lunak merdu semua ada.. perfect duet mak dengan anak ni.. “

Duet terbaik daripada Meerqeen dan mamanya, warganet pun ada yang request untuk mama Meerqeen dan Safura join Famili Duo nanti. Mungkin pada perkongsian akan datang, boleh dengar duet mama Meerqeen dan Safura pula.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Berita Kopak, Tikt0k Suraidahyacob78
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

